Euforia Bola 2026
Dapur

7 Masakan ‘Wajib Pro’ Sebelum Melangkah Ke Alam Perkahwinan, Berbaloi Hantaran Mahal!

belajar masak

Memasuki alam perkahwinan bukan sekadar tentang cinta dan komitmen, tapi juga tentang persediaan dalam kehidupan seharian termasuklah bab belajar masak. Hal ini kerana, ramai yang pandai memikat hati terutama dalam kalangan wanita, tapi tak ramai yang tahu ‘jalan’ ke perut pasangan juga salah satu kunci kebahagiaan rumah tangga.

Tak perlu jadi chef profesional pun, cukup kalau tahu masak beberapa hidangan asas yang boleh mengenyangkan, menyedapkan, dan menambat hati. Lagi seronok adalah kalau boleh masak menu yang buat pasangan rindu nak balik rumah cepat-cepat!

Baca juga: “Ingat Lafaz Taklik Dengan Allah..”- Diuji Isteri Hilang Ingatan & Penglihatan, Pengorbanan Cinta Suami Ini Runtun Hati

7 MAKANAN KENA BELAJAR MASAK SEBELUM KAHWIN, BARULAH PASANGAN SAYANG!

belajar masak

Foto: freepik

Jadi, kalau anda sedang dalam perjalanan menuju ke gerbang perkahwinan, atau sekadar nak upgrade skil memasak di dapur, ini 7 makanan yang sangat elok dipelajari dan dikuasai sebelum kahwin. Tak susah, tapi sangat berbaloi!

1. Nasi & Lauk Harian

Nasi Putih yang lembut, Ayam Masak Merah, Sayur Tumis merupakan antara menu yang dikatakan ‘wajib’ untuk dipelajari kerana menjadi kegemaran ramai.  Ini asas dalam kebanyakan rumah tangga Malaysia kerana kalau boleh masak nasi elok dan lauk simple tapi sedap, dah selamat 70%.

2. Kari (Ayam, Daging, Ikan)

Kari selalunya menjadi menu tetap di kebanyakan rumah. Kalau sedap dan mantap kari yang dimasak , orang rumah senyum sampai ke malam. Anda boleh belajar bezakan kari utara, kari mamak dan kari nyonya dan belajar teknik tumis rempah sampai pecah minyak sangat penting.

3. Sambal (Sambal Belacan, Sambal Tumis, Sambal Ikan Bilis)

Sambal ini adalah ‘pembuka selera’.  Apa yang anda perlu buat adalah belajar buat sambal belacan padu (ada limau, cukup garam) dan sambal tumis berperisa, tak hanyir, tak terlalu pedas.

4. Sup (Sup Ayam, Sup Daging, Sup Sayur)

Bila demam, letih, atau musim hujan, menu sup akan jadi penyelamat. Anda kena tahu teknik rebus sampai daging empuk dan sup tak hanyir. Boleh juga tambah bahan herba untuk aroma yang menyegarkan.

5. Goreng-Goreng Ringkas (Ikan, Ayam, Telur Dadar, Cucur)

Untuk hari yang ada rasa malas masak, goreng-goreng ini menjadi penyelamat dapur. Belajar goreng ikan garing di luar, lembut dalam. Selain itu, belajar goreng telur dadar gebu dan berperisa, bukan sekadar “telur je”.

6. Masakan Berkuah Tradisi (Asam Pedas, Masak Lemak, Gulai)

Ini adalah antara masakan turun-temurun yang selalu dirindui. Kuah pekat, rasa seimbang antara masam, lemak dan pedas merupakan rahsia kepada menu penting ini supaya dapat pikat hati keluarga mentua.

7. Sarapan Simple (Lempeng, Roti Jala, Nasi Goreng, Mee Goreng)

Kalau bangun pagi dapat sarapan panas, terus cair hati pasangan! Apa yang anda boleh belajar adalah masak nasi goreng kampung pedas manja, mi goreng basah dengan telur mata serta lempeng cicah sambal tumis.

belajar masak

Foto: freepik

*Jadi, dah bersedia atau memang dah ‘pro’?

Baca juga: 21 Ciri-Ciri Lelaki Yang Boleh Dibuat Suami, Wahai Anak Gadis Sila Tapis Awal Sebelum Ijab Qabul

Sumber: Tiktok @tajolasri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×