Euforia Bola 2026
Famili

Bayi Lelaki 7 Bulan Maut Tersedak Susu Di Taska!

bayi 7 bulan

Seorang bayi 7 bulan disahkan meninggal dunia selepas dipercayai tersedak makanan dan susu ketika berada di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di Taman Danau Kota, Wangsa Maju pada Isnin lalu.

Baca juga: Jom Ajak Keluarga Datang KJH 30 Mei Hingga 1 Jun Ini, Lebih Istimewa Ada Ejen Ali!

BAYI 7 BULAN MAUT TERSEDAK SUSU

bayi 7 bulan

Gambar hiasan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Syahrul Anuar Abdul Wahab, hasil bedah siasat mendapati punca kematian bayi lelaki berkenaan adalah disebabkan tersedak makanan dan susu.

“Ia disebabkan tersedak makanan dan susu,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Baca juga: Rawat Sambil ‘Travel’? Malaysia RAJA Destinasi Pelancongan Perubatan Terbaik Dunia!

Terdahulu, media melaporkan bayi tersebut ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di taska berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11.08 pagi.

Kejadian dipercayai berlaku antara jam 9 pagi hingga 11 pagi.

Pihak polis menerima laporan daripada bapa mangsa di Balai Polis Setapak pada hari sama, kira-kira jam 1.26 tengah hari.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001, yang memperuntukkan tindakan terhadap individu yang cuai dalam penjagaan kanak-kanak hingga menyebabkan kecederaan fizikal atau kematian.

Baca juga: Tingkah Laku Ulang-Ulang (Stimming) Pada Anak, Normal Atau Patut Risau?

Sumber: Sinar Harian

FT Image: Google

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×