Ramai ibu bapa dan pelajar keliru apabila melihat gred “Tahap Keseluruhan CEFR Bahasa Inggeris” yang tertera dalam slip keputusan SPM. Walaupun pelajar mendapat gred A dalam subjek Bahasa Inggeris SPM, mereka mungkin hanya memperoleh gred C dalam penilaian CEFR.
Lalu timbul persoalan, apakah maksud sebenar gred ini?
Baca juga: Guru, Pelajar & Usahawan Wajib Tahu! 14 AI Slide Pembentangan Jimat Masa & Cantik
GRED CEFR BAHASA INGGERIS DI SIJIL SPM

Gambar hiasan.
CEFR Bahasa Inggeris sebenarnya merujuk kepada Common European Framework of Reference for Languages, satu sistem penilaian standard antarabangsa yang digunakan untuk mengukur tahap penguasaan bahasa secara lebih objektif dan menyeluruh.
Sistem ini sudah lama digunakan di negara-negara Eropah dan kini telah diadaptasi dalam sistem pendidikan Malaysia, terutamanya melalui kurikulum dan buku teks Bahasa Inggeris terkini di sekolah.
Melalui perkongsian yang tular di Facebook oleh Mied Majid, beliau menjelaskan dengan terperinci bagaimana CEFR ini berfungsi, bagaimana ia berbeza daripada sistem gred tradisional SPM dan mengapa pelajar perlu diberi pendedahan dan pemahaman yang lebih awal tentang sistem ini sejak di bangku sekolah rendah lagi.
Baca juga: Bila Masuk Darjah 6 Bukan Fokus ‘Exam’ Je, Banyak Perkara Lain Adik-Adik Kena Skor, Ambil Nota Ini!
Dalam Sijil SPM, ada tertulis gred “Tahap Keseluruhan CEFR Bahasa Inggeris”.
Ada yang keliru dan ada juga yang bertanya gred itu macam mana. Sebabnya anak cuma dapat C dalam gred CEFR tapi A dalam gred SPM.
CEFR ini ala-ala macam satu sistem grading standard International untuk ukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris.
Grednya TERBALIK dengan gred kita yang biasa. A1 tu bukan paling tinggi, tapi paling rendah.
- C2 (paling tinggi) = Expert (Fasih & Mahir)
- C1 = Advanced (Fasih)
- B2 = Upper Intermediate (Agak Fasih)
- B1 = Intermediate (Boleh berkomunikasi)
- A2 = Elementary (Boleh berkomunikasi tp terhad)
- A1 = Basic/Beginners (Memerlukan bantuan utk berkomunikasi)
Buku teks Bahasa Inggeris yang sekarang ini, semua murid belajar Bahasa Inggeris berpaksikan CEFR. (Last batch Tahun 6, 2022 sahaja bukan batch CEFR).
Baca juga: 51 Alasan Papa Mama Boleh Bagi Bila Anak Tak Hadir Sekolah, Mudah Guru Nak Isi Dalam Sistem!
Buku teks dan buku rujukan yang digunakan sekarang juga terbitan luar dan semuanya menggunakan standard British English. Setiap buku teks mengikut tahun ada Tahap CEFR yang dipelajari.
- Tahun 1 – ke arah A1
- Tahun 2 – A1 low
- Tahun 3 – A1 mid
- Tahun 4 – A1 high
- Tahun 5 – A2 low
- Tahun 6 – A2 high
- Form 1 – Ulangkaji A2
- Form 2 – A2 high
- Form 3 – B1 low
- Form 4 – B1 mid
- Form 5 – B1 high
Jadi, ianya lebih kurang macam ini, kalau SPM dapat Gred CEFR Bahasa Inggeris A2, maksudnya level Bahasa Inggeris pelajar itu lebih kurang Tahap 2 Sekolah Rendah atau Form 1/Form 2.
P/S: Jadi, penting juga untuk belajar Bahasa Inggeris dengan konsisten sejak sekolah rendah lagi sebab kesinambungannya akan dibawa sehingga ke SPM.
Kredit: Sir Hafidz & Fara Rusdi
Baca juga: Ibu Kongsi Tips Dapat Pilihan Pertama Mohon MRSM & SBP Tingkatan 1, Susun Strategi Dari Darjah 5
Sumber: Mied Majid
FT Image:
