Euforia Bola 2026
Nur

Al-Quran Bukan Sekadar Kitab Ibadah, Ada 10 Surah Terakhir Ubat Hati Luka & Jiwa Hilang Arah

10 surah terakhir

10 surah terakhir dalam Al-Quran bukan hanya susunan ayat suci, tetapi menurut Dr. Azura Hashim, seorang Speaker dan Trainer dalam bidang Kepimpinan, Pengurusan, Emosi dan Pembangunan Potensi Diri, ia adalah manual pemulihan jiwa yang sempurna.

Khususnya untuk mereka yang sedang berjuang dengan luka emosi, tekanan hidup dan kehilangan arah dalam kehidupan.

Baca juga: PU Syed Tegur Sharifah Aleya Tindik Hidung, Hukumnya Haram “Islam Larang Walau Suami Reda”

10 SURAH TERAKHIR AL-QURAN

10 surah terakhir

Gambar hiasan Google.

Dalam satu hantaran yang menyentuh hati di Facebook, Dr. Azura berkongsi bagaimana setiap surah di akhir mushaf mempunyai mesej dan pengajaran tersendiri yang bila ditadabbur dengan hati terbuka, mampu menjadi ubat untuk hati yang lelah.

“Al-Quran bukan sekadar kitab ibadah, tetapi juga manual pemulihan jiwa,” tulis beliau.

Beliau menggambarkan realiti kehidupan hari ini. Di mana, ramai yang kelihatan baik di luar, tetapi di dalamnya kosong.

Ramai yang terus berjalan walau hati tertinggal jauh di belakang. Bukan kerana lemah, tetapi kerana terlalu lama bertahan hingga hilang diri sendiri.

Baca juga: Badal Haji Bukan ‘Bedal Haji’, Jangan Buat Main Dengan Amanah Orang Mati, Awas Penipuan Ini!

10 SURAH TERAKHIR DALAM AL-QURAN

Berikut adalah refleksi penuh makna beliau terhadap 10 surah terakhir dalam Al-Quran, dan bagaimana setiap satu menyentuh lapisan emosi yang dalam:

1. Surah Al-Fil

Bila rasa hidup penuh tekanan dan ‘musuh’ yang tak nampak. Ingat. Gajah besar pun boleh hancur kalau Allah izinkan.

“Tak ada yang terlalu besar bila kita ada perlindungan Allah.”

2. Surah Quraisy

Bila kita rasa resah tentang rezeki dan masa depan. Allah ajar kita: tenang, cukup, dan kembali kepada-Nya adalah jalan kepada keberkatan.

“Sumber keberkatan ialah yakin dan kembali kepada-Nya.”

3. Surah Al-Ma’un

Bila hati keras dan berat. Mungkin dah terlalu lama kita pendam semuanya sendiri. Ubatnya? Bantu orang lain. Hati sembuh bila kita berkongsi rasa dan kebaikan.

4. Surah Al-Kawthar

Saat kehilangan atau kecewa. Allah beri dua penawar: Solat dan korban. Doa dan memberi. Dua jalan pulang untuk hati yang luka.

5. Surah Al-Kafirun

Bila kita penat nak puaskan semua orang. Belajar let go. Bukan semua perlu kita faham atau perbaiki. Cukup jadi jujur dengan diri dan Allah.

Baca juga: Sakit Kepala Komitmen Lebih Dari Gaji, Pemuda Ini Lega Lepas Amalkan Doa Ini & Duit Sentiasa Cukup!

6. Surah An-Nasr

Bila hidup mula berubah ke arah yang lebih baik, jangan lupa untuk tunduk dan istighfar. Syukur itu pelindung hati dari lalai.

7. Surah Al-Lahab

Kalau ada luka yang datang dari manusia, ingat, dendam membakar diri lebih dulu. Lepaskan bukan untuk mereka… tapi untuk diri sendiri.

8. Surah Al-Ikhlas

Kenal Allah dengan sebenar-benarnya dan kau akan jumpa ketenangan yang sebenar. Manusia kecewakan. Tapi Allah tak pernah.

9. Surah Al-Falaq

Bila emosi terganggu tanpa sebab jelas. Hasad, tekanan, kata-kata orang… Doa ini lindungi dari semua itu.

10. Surah An-Nas

Bila hati mula dipenuhi bisikan takut, risau dan overthinking. Maka ini doanya. Lindungi aku dari musuh paling halus. Bisikan dalam diri sendiri.

Baca juga: Perlu Ke Niat Qada Kalau Terlewat Bangun Subuh? Ini Penjelasan Ustaz Azhar

10 surah terakhir

Dr. Azura menutup perkongsiannya dengan sebuah doa penuh harapan:

“Saya mendoakan… siapa pun yang sedang ‘lost’ hari ini, Allah temukan kamu dengan diri kamu yang sebenar semula. Melalui ayat-Nya dan melalui perjalanan yang lebih tenang. Aamiin.”

Dan pesanan terakhir beliau, yang barangkali menjadi penawar bagi ramai di luar sana:

  • Melepaskan apa yang dah lama membebankan
  • Memaafkan diri yang pernah silap
  • Mencipta semula impian yang pernah kita pendam

Firman Allah SWT:

“Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” (Surah At-Talaq: 2–3)

Baca juga: Panduan Cari Barang Hilang Di Masjidil Haram & Masjid Nabawi, Hari Ini Hilang Esok Dah Jumpa!

Sumber: Azura Hashim

FT Image: Google

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×