Euforia Bola 2026
Nur

Badal Haji Bukan ‘Bedal Haji’, Jangan Buat Main Dengan Amanah Orang Mati, Awas Penipuan Ini!

badal haji

Badal haji merupakan satu ibadah suci yang membolehkan seseorang mewakilkan haji kepada individu lain yang telah meninggal dunia atau uzur dan tidak mampu menunaikannya sendiri.

Namun, di sebalik peluang membantu sesama Muslim, terdapat juga pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dengan menipu atas nama badal haji.

Baca juga: Jangan Keliru, Balu & Janda Tak Sama! Ini 3 Perbezaan Dari Segi Idah, Nafkah & Hak Pusaka

BADAL HAJI KE ‘BEDAL HAJI’?

badal haji

Baru-baru ini, tular di TikTok sebuah video memperlihatkan seseorang kononnya sedang menjalankan amanah badal haji walaupun musim haji belum pun bermula.

Perkongsian tersebut telah menimbulkan kekeliruan ramai hingga menjadi perbualan hangat di media sosial.

Menurut Afiz Ayub di Facebook, seorang yang berpengalaman dalam pengurusan jemaah haji, penipuan berkaitan badal haji bukan perkara baharu, bahkan sudah lama berleluasa.

Katanya, kegiatan ini menjadi semacam ‘bonus tahunan’ bagi pembekal khidmat haji palsu yang sanggup membuat video memegang nama peserta badal haji hanya untuk mendapatkan bayaran.

“Dahulu, pernah petugas masa saya bercuti pada musim haji memberitahu bahawa dia nak buat kerja sambilan.

“Yang mana dengan hanya membuat video atau gambar memegang nama bedal haji, mereka akan di bayar sekitar 300-500sar bagi setiap video atau nama. Tetapi lepas di nasihati dia tak buat dah kerja ini,” jelasnya.

Baca juga: “Bayar Mahal Pergi Haji Untuk Hidup Susah” Tiada Beza Bayar 10 Atau 100 Ribu!

Tambah beliau, walaupun perbuatan ini sukar dibanteras melalui undang-undang sedia ada, masyarakat boleh memainkan peranan penting dengan memberi kesedaran kepada orang sekeliling.

“Jujur saya katakan pihak berkuasan Malaysia tidak dapat membenteras kegiatan ini dari segi undang undang.

“Bagaimana kita nak benteras? Ianya bermula dengan diri kita memberi kesedaran kepada sekeliling dan cakna tentang perkara ini,

“Boleh lihat video yang ada bagaimana cara mereka ‘membedal’ haji kalian. Kaya di dunia tapi apakah kelak di akhirat?” jelasnya lagi.

Video kredit Instagram @kasyeefaz:

@wuqoof

Hati-hati memilih pakej badal haji. Inilah yang dirisaukan oleh para waris. Kredit: @kasyeefaz #badalhaji2023 #Wuqoof

♬ original sound – Wuqoof – Wuqoof

 

Baca juga: Panduan Cari Barang Hilang Di Masjidil Haram & Masjid Nabawi, Hari Ini Hilang Esok Dah Jumpa!

Sementara itu, melalui laman Portal Mufti Wilayah Persekutuan, hukum mengerjakan badal haji bagi beberapa individu di dalam satu masa adalah tidak sah kerana badal haji hanya mencukupi untuk satu orang sahaja.

Oleh itu, mereka yang ingin mengerjakan badal haji supaya menitikberatkan perkara seperti ini supaya amanah dan ibadat badal haji yang dikerjakan itu sah di sisi hukum dan mendapat keberkatan dari Allah.

Baca juga: Tips ‘Packing’ Beg Pergi Tanah Suci Buat Muslimah, Balik Beg Tak Bertambah

Nasihat penulis, bagi anda yang ingin menunaikan badal haji, pastikan memilih wakil yang sah, jujur dan berdaftar serta memahami hukum-hakamnya.

Jangan sampai amanah haji berubah menjadi beban dosa, hanya kerana terpedaya dengan penipuan di balik video yang kelihatan meyakinkan.

@malaysiagazette

Rakaman video yang tular dalam media sosial mengenai kemungkinan berlaku penipuan dalam melakukan badal haji untuk individu-individu yang sakit atau telah meninggal dunia mencetuskan kebimbangan dalam kalangan umat Islam di negara ini. #MalaysiaGazette #BadalHaji #Kontroversi #fyp

♬ original sound – malaysiagazette – malaysiagazette

Baca juga: Dapat Tawaran Haji Tapi Ibu Gusar Nak Tinggalkan Anak, Siapa Sangka Rupanya…

Sumber: Facebook Afiz Ayub / Portal Mufti Wilayah Persekutuan

FT Image: Instagram @kasyeefaz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×