Sesetengah ibu bapa tidak mementingkan sahsiah diri anak kerana mereka beranggapan keputusan cemerlang dalam peperiksaan lebih penting.
Sebenarnya, sahsiah diri anak lebih utama berbanding segalanya kerana itu yang akan membentuk diri mereka. Sekiranya anak ada menunjukkan tanda di bawah ini, tahniah ibu ayah di luar sana, anda berjaya mendidik mereka.
Baca juga: Menyesal Seumur Hidup Bila Tak Buat 5 Momen Macam Ini Dengan Anak, Tak Dapat Putar Masa Dah!
TANDA ANAK SAHSIAH DIRI WALAUPUN TAK CEMERLANG AKADEMIK

Freepik
Tanda anak kita ada sahsiah walaupun tak cemerlang akademik. Peperiksaan tak dapat semua A tetapi dia pandai minta izin, minta tolong, pandai kawal diri dan tak melenting bila dilarang.
1. Sahsiah diri merangkumi nilai & adab yang tak boleh diuji dengan kertas peperiksaan
Sahsiah diri merujuk kepada keperibadian seseorang bagaimana dia bertindak, berfikir dan berinteraksi dengan orang lain berdasarkan nilai dan adab yang baik.
Ini termasuklah sifat jujur, amanah, rendah hati, sopan santun, dan bertanggungjawab. Nilai-nilai seperti ini pastinya tidak dapat diukur melalui peperiksaan bertulis.
2. Anak sentiasa jujur, hormat orang, cakap tak menengking
Sahsiah diri anak yang bersifat jujur, menghormati orang lain, beradab dalam pertuturan dan berani mengakui kesalahan adalah contoh insan yang matang dari segi emosi dan akhlak.
Ini adalah pencapaian yang lebih mendalam daripada sekadar keputusan peperiksaan kerana menunjukkan kematangan dalam dirinya.
3. Ibu bapa berjaya bukan yang anaknya genius, pandai olahraga atau banyak menang award tapi paling berjaya itu yang paling tinggi akhlaknya
Kejayaan sebenar ibu bapa bukan diukur melalui pencapaian luar anak seperti anugerah atau kecemerlangan akademik semata-mata, tetapi sejauh mana anak itu membesar dengan nilai-nilai murni.
Anak yang berakhlak tinggi adalah cerminan didikan ibu bapa yang baik, kerana membentuk akhlak memerlukan kesabaran, keteladanan, dan pendidikan dari rumah.
4. Sahsiah lebih tahan lama dari gred peperiksaan
Peperiksaan hanya memberi gambaran sementara tentang kefahaman atau penguasaan ilmu pada satu masa. Namun, sahsiah diri adalah sesuatu yang kekal dan memberi impak jangka panjang dalam kehidupan seseorang.
Akhlak yang baik membantu seseorang menghadapi cabaran hidup, menjalin hubungan yang baik selain menjadi individu yang dihormati.
5. Bentuk sahsiah dulu, kejayaan akademik akan ikut
Apabila seseorang memiliki sahsiah yang baik, mereka lebih mudah cemerlang dalam semua aspek termasuk akademik. Disiplin, tanggungjawab, fokus dan sikap positif terhadap pembelajaran adalah sebahagian daripada sahsiah yang boleh mendorong kepada kejayaan akademik secara semula jadi.
Sekiranya si anak ada menujukkan sahsiah diri seperti di atas, ibu bapa sepatutnya bersyukur. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Nak Jadi Ayah Kebanggaan Anak, Kena Jadi Yang No.1 Ini, Jangan Sekadar Ada Tapi Tak Wujud!
Sumber: Facebook Mohd Fhais Salim
