Parkir kereta mungkin kelihatan seperti perkara kecil dalam rutin harian, tetapi sebenarnya ia mampu memberi gambaran tentang cara diri berfikir dan mengurus emosi. Gaya parkir, sama ada terus atau secara undur sebenarnya tersembunyi makna psikologi yang mendalam.
Baca juga: Remaja 13 Tahun Dicakar Kucing Terbiar Dijangkiti Rabies, Kes Pertama Di Sarawak Tahun Ini
GAYA PARKIR KERETA CERMINAN CARA BERFIKIR

Menurut perkongsian Public Health Malaysia (PHM), orang yang memilih untuk parkir secara terus biasanya tergolong dalam golongan yang spontan, praktikal, membuat keputusan secara cepat dan fokus pada situasi semasa.
Sebaliknya, mereka yang memilih untuk mengundur kereta ke dalam petak parkir pula dikatakan lebih teliti, suka merancang, sabar dan memikirkan kesan jangka panjang.
Perbezaan gaya ini tidak semestinya menentukan siapa yang lebih baik, sebaliknya menggambarkan kecenderungan pemikiran dan coping mechanism individu.
Apabila seseorang memahami cara dia bertindak dalam situasi kecil seperti ini, ia boleh menjadi refleksi terhadap kesihatan mental dan emosi yang lebih besar.
“Parking pun boleh jadi refleksi kesihatan mental sebabnya cara buat benda kecil, kadang-kadang tunjuk apa yang ada dalam fikiran,” jelas PHM di hantaran Facebook.
Baca juga: Luka Pembedahan Masih Baru, Jangan Gelojoh Makan Ikan Haruan, Ini Penjelasan Doktor
3 CORAK PEMANDUAN INDIVIDU ALAMI GANGGUAN EMOSI

Menariknya, bukan hanya gaya parkir yang membayangkan corak pemikiran. Gaya pemanduan juga mampu mencerminkan tahap kestabilan emosi seseorang.
Amirul Ramli, menerusi perkongsiannya di TikTok, menyenaraikan tiga gaya pemanduan yang sering dilakukan oleh individu yang mengalami gangguan emosi:
1. Kerap menekan brek secara mengejut
Individu yang mempunyai kemurungan lebih cenderung untuk brek mengejut lebih kerap berbanding mereka yang tiada gangguan emosi.
Hal ini mungkin disebabkan, kesukaran mengawal fokus dan tindak balas kepada persekitaran.
2. Guna jalan yang tak konsisten
Individu ini akan memilih jalan raya yang tidak pernah dilaluinya sebelum ini. Di mana, dia tidak sengaja menggunakan jalan tersebut tanpa sebab yang jelas.
Hal ini kemungkinan, diri ingin jalan yang jauh supaya lambat tiba ke rumah.
3. Pemanduan yang berisiko
Seseorang yang mempunyai gangguan emosi, cenderung memandu dengan lebih agresif iaitu memecut secara tiba-tiba atau pun perlahan sangat.
Corak pemanduan yang marabahaya ini berkait dengan perubahan emosi yang mungkin berlaku.
Baca juga: Sakit Macam Senggugut Tapi Tak Period, 11 Punca Ini Wanita Perlu Tahu & Jangan Abaikan!
Perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya yang mengakui pernah atau sedang mengalami corak pemanduan yang serupa.
Ada yang sedar bahawa mereka sering memandu dalam keadaan termenung dan hilang fokus, malah ada juga yang pernah mengalami kemalangan disebabkan tekanan emosi.
“Saya ada MDD. Tak tahu pula macam itu, tapi yang pertama dengan ketiga itu memang selalu buat. Kadang-kadang ada juga bawak kereta sambil mengelamun.
“Saya yang kedua dengan ketiga dan baru tahu kenapa. Terima kasih info, kena berhati-hatilah lepas ini.
“Gangguan emosi pun boleh bertindak balas dengan corak memandu ya, terima kasih untuk ilmu ini.
“Saya pernah memandu dengan gangguan emosi, terus eksiden.
“Bila stress sanggup ikut jalan jauh, tak nak sampai rumah awal,“ antara komen yang ditinggalkan warga maya.
Baca juga: Kentut Sambil Berjalan Beri Manfaat Kesihatan, Tapi Afdalnya Selepas Makan! – Pakar
Sumber: Public Health Malaysia / TikTok @amirul.ramli
FT Image: Jcomp
