Bau beras wangi dan bebas kutu pastinya kesukaan ramai, namun jika salah cara penyimpanan, bukan sahaja menjadi hapak, malah beras mudah cepat rosak.
Sebenarnya, ada beberapa petua mudah yang boleh bantu pastikan beras kekal wangi dan bebas serangga. Jom ketahui petuanya di bawah ini.
Baca juga: Petua Elak Gula Putih Bertukar Keras & Berketul, Jangan Buang Kalau Jadi Macam Ini
PETUA BERAS WANGI DAN KUTU TAK ‘BERKAMPUNG’

Bagi memastikan beras wangi dan bebas daripada kutu, ini caranya:
1. Guna daun pandan
Taburkan potongan daun pandan dalam bekas simpanan beras untuk elakkan kutu dan menjadikan beras lebih wangi.
2. Bawang putih
Masukkan 3 hingga 5 ulas bawang putih tanpa kupas ke dalam bekas beras. Ini boleh mencegah kutu daripada membiak.
3. Cili kering
Seterusnya, boleh juga letakkan 4 hingga 5 tangkai cili kering di dalam bekas beras untuk mengelakkan kutu.
4. Daun limau purut
Petua lain untuk beras wangi adalah dengan meletakkan beberapa helai daun limau purut kering atau segar untuk menyerap bau hapak.
5. Masukkan dalam bekas kedap udara
Simpan beras dalam bekas bertutup rapat atau kedap udara untuk menghalang serangga daripada masuk.
6. Jangan campur beras baru dan lama
Sudah menjadi kebiasaan, orang akan mencampur beras lama dengan baru tetapi cara ini sebenarnya salah. Hal ini kerana beras lama yang mungkin sudah tercemar atau mengandungi kutu beras boleh menjangkiti beras baru, sekaligus menyebabkan keseluruhan simpanan rosak lebih cepat.
Selain itu, kelembapan dan bau daripada beras lama juga boleh menjejaskan kualiti beras baru, menjadikan nasi yang dimasak kurang enak dan cepat basi.
Jadi, diharapkan petua beras wangi dan tidak berkutu ini dapat memberi manfaat buat anda semua!
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resepi Kek Butter Kesukaan Suami, Mudah Tapi Hati Mesti Terpikat!
Sumber: Facebook Ena Alina & Simply Recipe
