Dalam dunia yang semakin mencabar ini, antara perkara paling penting yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa ialah perancangan kewangan untuk pendidikan anak-anak.
Kos pendidikan yang semakin meningkat memerlukan kita sebagai ibu bapa untuk mula merancang dari sekarang.
Baru-baru ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan bahawa Simpan SSPN mencatat dividen tertinggi dalam tempoh 10 tahun, iaitu sebanyak 4.05% bagi tahun 2024.
Bukan itu sahaja, PTPTN turut memperkenalkan Kempen Ganjaran Kesetiaan sebanyak 1% tambahan untuk pendeposit setia yang menyimpan secara konsisten dalam Simpan SSPN Prime.
Apa Maknanya Kepada Ibu Bapa?

Sebagai ibu bapa, kita mahukan yang terbaik untuk masa depan anak-anak. Dengan kadar dividen setinggi ini, ia menunjukkan bahawa Simpan SSPN bukan sahaja selamat dan dijamin oleh kerajaan, malah memberikan pulangan yang sangat kompetitif.
Apa Kata Ibu Bapa?
Kami sempat menemu bual beberapa ibu bapa tentang pandangan mereka terhadap pengumuman dividen Simpan SSPN tahun 2024
Puan Nurul mula membuat simpanan di Simpan SSPN sejak anak sulung lahir

“Sebenarnya saya dah mula menyimpan sejak anak sulung lahir. Setiap tahun saya tetapkan sedikit jumlah untuk Simpan SSPN.
Bila tengok dividen tahun ini, rasa sangat dihargai dan semakin yakin untuk terus menyimpan,” kongsi wanita berusia 29 tahun ini.
Pelepasan Taksiran Cukai buatkan Simpan SSPN jadi pilihan Encik Zul

“Dengan ekonomi yang tidak menentu, saya rasa penting untuk ada simpanan yang stabil dan beri pulangan yang baik.
Simpan SSPN ni bukan sahaja menguntungkan, tapi dapat pelepasan taksiran cukai pendapatan juga. Memang lengkap,” kongsi Encik Zul selaku ayah yang prihatin.
Simpanan patuh syariah antara yang menjadi keutamaan Encik Azli

“Saya suka sebab Simpan SSPN patuh syariah. Itu keutamaan saya. Bila dengar dividen naik ke 4.05%, saya terus ajak isteri tambah simpanan untuk anak-anak.
Tahniah kepada PTPTN! Terima kasih kerana terus beri kepercayaan kepada kami dengan pengurusan yang telus dan pulangan yang sangat baik tahun ini,” Encik Azli yang nyata berpuas hati dengan produk simpanan yang ditawarkan PTPTN.
Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime Menanti Untuk Yang Setia Menyimpan

Berita baik untuk ibu bapa yang sudah lama menyimpan! PTPTN juga melancarkan Kempen Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2025, khas untuk :
-
- Pendeposit yang membuka akaun Simpan SSPN Prime pada tahun 2004 sehingga 31 Disember 2021
- Membuat simpanan minimum RM1,000 dalam tempoh 1 Mei hingga 31 Julai 2025
Ganjaran tambahan sebanyak 1% akan diberikan sehingga RM8,000, menjadikan pulangan simpanan semakin berbaloi!
Ayuh Simpan Semudah Di Hujung Jari Sahaja
Segala urusan kini lebih mudah dengan aplikasi myPTPTN.
Ibu bapa boleh buka akaun, semak penyata, tambah simpanan, dan urus akaun anak-anak hanya melalui telefon pintar. Menarik bukan?
Rancang Hari Ini Demi Masa Depan Anak Yang Cerah

Sebagai ibu bapa, kita tidak boleh menunggu saat akhir untuk menyediakan dana pendidikan anak-anak.
Mulakan sekarang, walaupun sedikit tapi konsisten akan menjadi banyak pada akhirnya.
Dengan kadar dividen 4.05% beserta ganjaran kesetiaan dan pelbagai manfaat lain seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan secara percuma sehingga RM10,000, simpanan dijamin kerajaan dan patuh syariah, Simpan SSPN adalah pilihan yang bijak dan selamat.
Jom ibu bapa semua, sama-sama rancang masa depan anak dengan Simpan SSPN. Simpan hari ini, demi pendidikan anak-anak kita!
Maklumat lanjut berkenaan Simpan SSPN boleh diperoleh melalui www.ptptn.gov.my atau aplikasi myPTPTN (https://www.ptptn.gov.my/myptptn/) untuk perkhidmatan yang lebih mudah, cepat dan selamat.
