Euforia Bola 2026
Famili

Had Umur Pencen Wajar Dinaikkan Kepada 65 Tahun, Azalina Anggap Ramai Masih Sihat & Aktif

HAD USIA PERSARAAN

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, menyatakan bahawa had usia persaraan di Malaysia wajar dinaikkan daripada 60 kepada 65 tahun.

Perubahan had persaraan ini dikatakan wajar kerana ramai dalam kalangan mereka yang berusia 60 tahun ke atas masih aktif.

Baca juga: Angkara Kenderaan Belakang Bunyikan Hon, Gajah Mengamuk & Hancurkan Kereta Vios

HAD USIA PERSARAAN WAJAR DINAIKKAN KEPADA 65 TAHUN

HAD USIA PERSARAAN

Freepik

“Ini pandangan peribadi saya, mungkin kerajaan patut mempertimbangkan had usia persaraan 65 tahun. Ini kerana ramai golongan berusia 60 tahun ke atas masih aktif sekarang dan ramai orang tua masih kelihatan muda.

“Sebab ada pegawai yang kami jumpa, masih muda, masih sangat aktif, cuma mereka dah berumur 60 tahun. Sebab ada negara yang dah mula beralih ke umur persaraan 65 tahun,” ujarnya.

Tambah Azalina, hakim mahkamah di negara ini turut ditetapkan had persaraan pada usia 65 tahun dan sememangnya wajar dinaikkan.

“Saya lihat macam hakim-hakim (mahkamah), sebab mereka sampai usia 65 tahun. Di sesetengah negara, masa saya pergi mesyuarat Menteri Undang-undang ASEAN, ada yang sampai usia 70. Hakim mereka ada yang 65 dan berkhidmat sampai usia 70 tahun.

“Saya tak tahu sama ada Kerajaan Madani akan pertimbangkan perkara itu tetapi saya cuma beri komen sahaja sebab saya lihat orang usia 60 tahun sekarang, ramai yang masih nampak muda,” katanya.

Walau bagaimanapun, cadangan ini tidak diterima baik oleh semua pihak. Dalam ruang komen di media sosial, ramai warganet meluahkan rasa kurang senang dan ada yang berpendapat bahawa menaikkan had persaraan akan mengurangkan peluang pekerjaan bagi golongan muda yang masih mencari kerja.

Tidak kurang juga yang membangkitkan isu tekanan kerja dan keperluan menikmati usia persaraan dengan tenang selepas berpuluh tahun berkhidmat.

Baca juga: AirAsia & MAS Kemas Kini Format Nama Penumpang, Pastikan Isi Macam INI Bila Beli Tiket!

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×