Seorang lelaki berdepan detika cemas apabila gajah mengamuk dan bertindak menyerang keretanya dekat Sungai Lebey berhampiran Tugu Peringatan Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli.
Menurut Ketua Polis Daerah Gerik, Superitendan Zulkifkli Mahmood, setibanya di lokasi kejadian, mangsa berusia 39 tahun yang memandu Toyota Vios memberhentikan kenderaannya apabila mendapati sekumpulan gajah sedang melintas jalan sebelum hon dibunyikan oleh kenderaan yang berada di belakangnya.
Baca juga: AirAsia & MAS Kemas Kini Format Nama Penumpang, Pastikan Isi Macam INI Bila Beli Tiket!
GAJAH MENGAMUK DI GERIK, ROSAKKAN KERETA KERANA BUNYI HON

Pemandu kereta Vios tidak mengalami kecederaan kerana dia sempat keluar dari keretanya untuk menyelamatkan diri daripada menjadi ‘mangsa’ gajah.
“Pengadu (mangsa) memberhentikan kereta dan mematikan lampu, namun terdengar bunyi hon kenderaan dari arah belakang sebelum tiga ekor gajah tiba-tiba menghampiri keretanya.
Pemandu dalam keadaan panik sempat keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri. Sesudah kawanan gajah terbabit beredar, pengadu hadir ke balai polis untuk membuat aduan,” jelasnya.
Menerusi gambar di media sosial, dapat dilihat kereta pengadu rosak di bahagian hadapan, belakang dan sisi kiri serta kanan akibat gajah mengamuk.
Zulkifli mengingatkan pengguna jalan raya supaya lebih berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa, termasuk tidak membunyikan hon, tidak menggunakan lampu tinggi, serta mengambil langkah-langkah keselamatan lain apabila berdepan dengan kehadiran gajah.
Baca juga: Isteri Boleh TEWAS Dengan Wanita Yang Pandai Layan Suami, Siap Tolong Koyak Sos Untuk Cik Abang!
Sumber: Berita Harian
