Euforia Bola 2026
Famili

Budak 2 Tahun Maut Lepas Panjat Sofa Di Balkoni, Jatuh Dari Tingkat Tujuh Pangsapuri Di Putrajaya

rumah pangsapuri

Suasana tenang di sebuah rumah pangsapuri di Presint 9 bertukar hiba apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh bangunan berkenaan pada hari Sabtu.

Kejadian menyayat hati itu diketahui apabila seorang doktor dari Unit Kecemasan Hospital Putrajaya membuat laporan polis sekitar jam 2.24 petang, memaklumkan bahawa seorang kanak-kanak dibawa ke hospital dalam keadaan berlumuran darah oleh bapanya.

Baca juga: Awas! Ini 9 Jenis Perabot Dikatakan Jadi ‘Sarang Setan’ & Tenaga Negatif Dalam Rumah

JANGAN LETAK SOFA SEBELAH BALKONI RUMAH PANGSAPURI, ‘TANGGA MAUT’!

rumah pangsapuri

Foto: PHM

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed mengesahkan bahawa kanak-kanak berkenaan telah meninggal dunia selepas pemeriksaan dilakukan oleh pasukan perubatan.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai jatuh dari tingkat tujuh bangunan apartmen tersebut,” jelas beliau dalam satu kenyataan rasmi.

Tambahnya lagi, proses bedah siasat dijadualkan berlangsung pada jam 8 pagi Ahad (semalam) dan siasatan kes masih diteruskan.

Susulan insiden tragik ini, penduduk pangsapuri diingatkan agar tidak meletakkan sebarang perabot seperti kerusi, sofa, rak kasut atau barangan lain berhampiran koridor dan balkoni. Langkah ini penting bagi mengelakkan kejadian tidak diingini, terutamanya kepada kanak-kanak yang aktif dan sedang membesar.

Menurut nasihat dari Public Health Malaysia, sebarang perabot yang diletakkan berhampiran kawasan seperti balkoni atau tingkap boleh menjadi ‘tangga maut’ kepada kanak-kanak.

“Anak kecil dalam proses membesar sentiasa ingin mencuba dan meneroka. Mereka suka memanjat, menjenguk ke luar dan melihat dunia dari tempat tinggi.

“Malangnya, langkah kecil yang tidak dijangka itu boleh mengundang tragedi besar buat keluarga.

“Ramai ibu bapa tidak menyedari bahawa memindahkan perabot ke luar rumah untuk memberi lebih ruang dalaman boleh menjadikan kawasan tersebut bahaya, terutama jika tiada penghadang keselamatan,” menurut peringatan itu.

rumah pangsapuri

*Selain perabot, barangan hiasan seperti pasu bunga juga sebaiknya dielakkan daripada diletakkan di tempat-tempat yang berisiko.

Baca juga: Keriangan Bertukar Tragedi, Kanak-Kanak Perempuan Maut Terjatuh Dari Tingkat Enam PPR

Sumber: Berita Harian, Grup Komuniti Putrajaya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×