Euforia Bola 2026
Famili

Pengantin Pegang Prinsip Tak Cukur Kumis & Misai Di Hari Bahagia, Buat Ramai Terkejut!

pengantin perempuan

Seorang pengantin wanita bernama Wilda telah menjadi perhatian ramai setelah jurusolek (MUA) pernikahannya memuat naik video hasil solekan di aplikasi Instagram.

Melalui paparan berkenaan, kelihatan Wilda mempunyai kumis dan juga misai yang agak banyak. Akan tetapi, ia tidak sedikit pun merubah kejelitaan Wilda sebagai wanita sejati.

Baca juga: 16 Fakta Menarik Istana Kediaman Aliff Syukri, Point 10 Paling Wow Hanya Ada 3 Unit Dalam Dunia!

PENGANTIN WANITA ADA KUMIS & MISAI

pengantin perempuan

TikTok @wildamaywi

“Dia cantik dan unik. Defini cantik tanpa harus berubah bentuk,” tulis MUA di akaun Instagram @emjhielala_official .

Video yang sudah ditonton melebihi 1 juta itu, telah diburu pelbagai soalan. Antaranya mempersoalkan mengapa Wilda enggan mencukur bersih bulu-bulu berkenaan di hari bahagianya.

Baca juga: Si Cilik Genius Umur Baru 2 Tahun, Tapi Noah Ariz Sudah Pandai Sifir 1 Hingga 10

pengantin perempuan

TikTok @wildamaywi

Pun begitu, melalui penjelasan di akaun TikToknya, Wilda berdiri teguh dengan prinsip hidupnya sendiri.

Menurut Wilda, dia menyifatkan solekan itu dibuat atas kemahuan dan kepuasan dirinya dan bukanlah untuk memuaskan hati semua orang.

Tambahan pula, sejak dari awal lagi, dia sendiri sudah menjelaskan kepada jurusolek untuk tidak bercukur.

“Kawan-kawan, tujuan aku solek bukan untuk memuaskan mata banyak orang. Tapi bentuk aku menghargai diri sendiri di hari bahagia.

“Sebab itulah, aku taknak cukur kumis atau kening,” jelas Wilda di akaun TikTok miliknya.

Baca juga: Parah! Sek* Songsang Lelaki Sejenis Makin Meningkat, Malaysia Apa Nak Jadi?

Apa itu Hirsutisme

Keadaan yang dialami Wilda ini kemungkinan adalah Hirsutisme yang merujuk kepada pertumbuhan melampau rambut pada muka dan badan pada wanita. Rambut tebal dan gelap tumbuh di kawasan yang mana lelaki mempunyai rambut seperti atas bibir, dagu dan jambang.

Hirsutisme adalah perkara biasa. Di mana, 5% hingga 10% wanita mengalami hirsutisme. Ia biasanya tidak berbahaya atau memudaratkan, tetapi boleh menjejaskan penampilan wanita.

Kebanyakan wanita tidak memerlukan rawatan perubatan. Terapi mungkin boleh memperbaiki keadaan hirsutisme, tetapi mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk menunjukkan kesan.

Adalah mustahil untuk mencegah hirsutisme.

@wildamaywi

Terimakasih ya kakak.. ❤️ Teman2 tujuan aku makeup bukan untuk memuaskan mata org bnyak.. Tpi bntuk aku mghargai diri aku sendiri di hari bahagiaku 😊 Mangkanya aku ga mau cukur kumis sama alis..

♬ suara asli – wildaengladiamerta – wildaengladiamerta

Baca juga: Lelaki Ini Hina Bidang MassComm, Teater, Muzik & Tarian Dilabel Paling Bod*h, Teruk Dia Kena Kecam!

Sumber: Instagram @emjhielala_official / TikTok @wildamaywi / Hello Doktor

FT Image: TikTok @wildamaywi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×