Ramai yang tidak perasan, telekung nipis sebenarnya boleh buat solat jadi tak sah. Hal ini kerana, sudah melanggar syarat sah solat tentang menutup aurat.
Namun, melalui perkongsian dari Ustaz Azhar Idrus, terdapat dua keadaan yang menyebabkan solat seseorang wanita itu, sama ada sah atau tidak disebabkan oleh pakaian solat. Jom timba ilmu di bawah!
Baca juga: Ketahui AKAD Yang Tepat Pinjam Barang Dalam Islam, Walaupun Hanya Sebatang Pen!
HUKUM SOLAT PAKAI TELEKUNG NIPIS

Gambar hiasan: Google
Menutup aurat sebahagian daripada syarat sah solat
Menutup aurat adalah syarat sah solat iaitu dengan memakai pakaian yang tidak menampakkan warna kulit, sama ada pakaian itu tebal atau nipis.
Memakai pakaian nipis nampak kulit tubuh
Berkata Imam Syairazi:
وشَرْطُ السَّاتِرِ مَا يَمْنَعُ لَوْنَ البَشَرَةِ
Ertinya: “Dan syarat tutup aurat itu hendaklah dengan suatu yang menghalang akan warna kulit (dari dilihat).” (Kitab Al-Muhazzab)
Oleh kerana itu, jika seseorang memakai pakaian nipis yang masih dapat dilihat warna kulitnya dari luar, nescaya sembahyangnya tidak sah.
Berkata Syeikh Ibnu Hajar:
وَيَجِبُ سَتْرُ العَوْرَةِ بِمَا لاَ يَصِفُ البَشَرَةَ، مِنْ ثَوْبٍ صَفِيقٍ، أَوْ جَلْدٍ، أَوْ وَرَقٍ، فَإنْ سَتَرَ بِمَا يَظْهَرُ مِنْهِ لَوْنُ البَشَرَةِ مِنْ ثَوْبٍ رَقِيقٍ ، لَمْ يَجُزْ، لأَنَّ السَّتْرَ لاَ يَحْصُلُ بِذَلِكَ
Ertinya: “Dan wajib menutup aurat dengan pakaian yang tidak mensifatkan kulit sama ada baju yang menutup atau kulit atau daun. Maka sungguhnya menutup dengan suatu yang masih menampakkan darinya warna kulit seperti kain yang nipis tidak harus kerana bahawasanya tidak berhasil nama tutup dengannya.” (Kitab Minhaj Al-Qawwim)
Baca juga: Perlu Ke Niat Qada Kalau Terlewat Bangun Subuh? Ini Penjelasan Ustaz Azhar
Tak nampak warna kulit tapi nampak bayang
Berkata Syeikh Khatib Syarbini:
وشرط الساتر) في الصلاة وخارجها أن يشمل المستور لبساً ونحوه مع ستر اللون
Ertinya: “Dan disyaratkan menutup di dalam sembahyang dan di luar sembahyang itu ialah yang menutup auratnya dengan pakaian atau seumpamanya yang menutup warna kulit.” (Kitab Mugni Al-Muhtaj)
Adapun jika sudah tidak nampak warna kulit, tetapi masih nampak bayang badannya maka solatnya itu sah.
Kesimpulan
Jika solat dengan memakai baju nipis yang nampak warna kulitnya, maka solatnya itu tidak sah kerana tidak dinamakan menutup aurat.
Nota penulis: Ustaz dan para ulama dah lama sebut perkara ini. Paling penting, kain kena cukup tebal sampai tak nampak warna kulit, barulah sah solat anda. Jadi, lepas ini bila pilih telekung, jangan tengok cantik sahaja, tengok juga ketebalannya.
Baca juga: Dilahirkan Berkulit Gelap Tapi Nak Ubah Jadi Putih, Sebelum Buat Ambil Tahu Hukum Putihkan Kulit!
Sumber: Ustaz Azhar Idrus
FT Image: KedaiPasarPayang / Google
