Berita kematian 9 orang anggota FRU pastinya satu khabar duka buat rakyat Malaysia. Terbaharu, media melaporkan bahawa salah seorang mangsa, Koperal Amiruddin Zabri dan isterinya, Norazian Mohd Joned menanti 10 tahun untuk mendapat cahaya mata perempuan.
Baca juga: Rider Rempuh Pelajar Perempuan Depan Sekolah, Tak Hirau Pengawal Dah Angkat Bendera Merah!
SALAH SEORANG ANGGOTA FRU & ISTERI TUNGGU 10 TAHUN ZURIAT PEREMPUAN

Kredit foto: Sinar Harian
Anggota FRU dan isteri sudah dikurniakan dua anak lelaki yang diberi nama Amirul Firdaus, 12 dan Amirul Asyraf, 11 sebelum dikurniakan cahaya mata perempuan, Amira Sofea, berusia setahun.
“Kami tunggu 10 tahun untuk dapat anak perempuan tapi kini dia sudah tiada. Dia terlalu gembira bila dapat anak perempuan. Kami sudah lama tunggu saat itu tapi tak sangka kegembiraan itu tak lama,” luahnya sebak kepada media.
Norazian bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar dan kali terakhir dia bertemu suami tersayang pada tengah hari semalam sebelum arwah bertolak ke Teluk Intan untuk tugasan luar sempena sambutan perayaan.
“Dia macam biasa, siapkan barang untuk ke lokasi. Dia kata dah biasa kerja luar dan minta saya jangan risau. Tak sangka kejadian ini berlaku,” katanya.
Koperal Amiruddin Zabri memula tugas dalam pasukan polis sejak 2011 dan pernah ditugaskan di beberapa negeri termasuk Johor, sebelum berpindah ke penempatan terkini.
“Saya dapat tahu pasal kemalangan tu daripada rakan sekerja. Dia kata ada kemalangan babitkan Unit 5 dari Sungai Senam. Bila telefon suami, dia tak jawab. Saya hubungi rakannya, tetapi dia cuma minta saya tenang dan sabar.
“Masa tu saya masih keliru, betul ke? Sebab laporan awal cuma sebut enam orang maut,” ujar yang reda dengan ketentuan Ilahi.
Baca juga: Vivy Yusof Kembali Aktif Menulis Blog, Perlu Langgan USD5 Sebulan Kalau Peminat Nak Baca
Sumber: Harian Metro
