Media hari ini melaporkan satu berita hiba di mana anggota FRU kemalangan membabitkan lori muatan batu di Sungai Lampam, Simpang Tangki Air, Langkap, Perak.
Kegagalan fungsi stereng lori muatan batu dipercayai menjadi punca kemalangan dan seramai 9 orang Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) maut.
Baca juga: Rider Rempuh Pelajar Perempuan Depan Sekolah, Tak Hirau Pengawal Dah Angkat Bendera Merah!
ANGGOTA FRU KEMALANGAN MAUT, TRAGEDI 1990 BERULANG

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, Pusat Kawalan Daerah (DCC) Hilir Perak menerima maklumat daripada MERS999 mengenai kemalangan itu kira-kira pukul 8.51 pagi.
“Kereta peronda (MPV) PK 251 diarahkan ke lokasi kejadian. Hasil pemeriksaan mendapati seramai lapan mangsa terdiri daripada pegawai rendah (PRP) FRU Unit 5 dan pemandu lori meninggal dunia di tempat kejadian.
“Selain itu, seramai enam PRP FRU Unit 5 parah, manakala empat yang lain cedera ringan. Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan,” jelasnya.
Tambah Noor Hisham, trak FRU tersebut dalam perjalanan pulang ke Ipoh setelah selesai penugasan perayaan Chitrapournami di Hilir Perak.
“Sebaik sampai di tempat kejadian, trak FRU tersebut dirempuh dari hadapan oleh lori muatan pasir yang dipercayai mengalami kegagalan fungsi stereng. Polis Perak menzahirkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa yang terlibat,” luahnya.
Anggota FRU kemalangan yang meninggal dunia:
1. Sarjan S Perumal, 44 tahun.
2. Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim, 46 tahun (meninggal dunia di zon merah Hospital Teluk Intan).
3. Koperal Mohd Pozli Jaudin, 41 tahun.
4. Koperal Nurit Ak Pandak, 34 tahun.
5. Koperal Amiruddin Zabri, 38 tahun.
6. Koperal Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38 tahun.
7. Koperal Muhamad Akmal Muhamad, 35 tahun.
8. Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif, 33 tahun.
9. Konstabel Akmal Wafi Annuar, 28 tahun.
Anggota yang cedera dibawa ke Hospital Teluk intan:
1. Sarjan Mazlan Mat, 50 tahun.
2. Sarjan Mohd Parih Ali, 44 tahun.
3. Koperal Haslizal Mohd Ali, 44 tahun.
4. Koperal Nizam Tarmizi, 38 tahun.
5. Koperal Mohd Izwan Ishak, 39 tahun.
6. Koperal Mohd Harrisul Ikhsan Mohd Mahabudin, 39 tahun.
7. Koperal Syed Isfan Syed Mohammad, 32 tahun.
8. Koperal Mohammad Zulnaidi Muhammad Zulkifli, 34 tahun.
9. Lans Koperal Muhammad Aniq Taufiq Rozi, 26 tahun.
Salam takziah diucapkan..
Baca juga: 3 Orang Cikgu ‘Kantoi’ Gosip Masa Rehat, Siap Mengata Pekerjaan Ayah Anak Murid!
Sumber: Kosmo & Instagram Kosmo
