Euforia Bola 2026
Business

Diskaun Iklan Hingga 80%, Media Prima SME Open Day Buka Peluang Emas Untuk Usahawan IKS

bisnes sme

Media Prima Berhad, organisasi media terbesar negara, bakal menganjurkan Media Prima SME Open Day pada 14 dan 15 Mei 2025, bertempat di Balai Berita, Bangsar. Acara ini bertujuan untuk memperkenalkan pelbagai peluang pengiklanan kepada usahawan mikro, kecil dan sederhana (IKS) dalam memperkasa dan mengembangkan perniagaan mereka.

Peluang Emas Untuk Usahawan IKS

Sepanjang dua hari acara ini, para peserta akan mendapat pendedahan secara langsung tentang bagaimana platform media boleh menyumbang kepada kejayaan sesebuah bisnes. Ia termasuk sesi perkongsian ilmu oleh personaliti Media Prima dan pakar industri, lawatan ke studio TV dan radio, serta tawaran pakej iklan dengan diskaun sehingga 80%.

Hari pertama, 14 Mei, adalah terbuka kepada semua pemilik dan usahawan IKS. Sesi akan dijalankan pada jam 9 pagi dan 2 petang. Majlis ini juga akan dirasmikan oleh Ketua Pegawai Operasi Media Prima, Datuk Mohd Efendi bin Omar, dan sesi dikendalikan oleh personaliti tersohor, Fiza Sabjahan.

Jelas Datuk Mohd Efendi bin Omar, “Kami amat teruja untuk menganjurkan acara ini kerana kami percaya IKS memainkan peranan penting dalam ekonomi negara. Ini peluang unik untuk mereka berinteraksi dengan kami dan melihat bagaimana Media Prima boleh menjadi rakan kongsi dalam perjalanan bisnes mereka.”

Manakala pada 15 Mei, acara ini akan dilaksanakan secara eksklusif untuk usahawan di bawah Glocal Link (M) Sdn Bhd, anak syarikat MARA Corporation.

Menurut Pengurus Besar Glocal Link, Badrul Hisham Baharum, kerjasama strategik ini dapat membantu usahawan IKS menimba ilmu pemasaran berkesan, sekaligus memberikan kelebihan daya saing dan memperkukuh pertumbuhan ekonomi secara inklusif.

Pendaftaran Percuma – Tempat Terhad!

Penyertaan ke acara ini adalah percuma, namun tempat adalah terhad. Usahawan yang berminat boleh mengimbas kod QR yang disediakan di bawah. 

bisnes sme

Jangan lepaskan peluang ini untuk menimba ilmu dan mendapatkan bimbingan terus daripada pakar industri. Ayuh jadikan tahun 2025 sebagai tahun kejayaan untuk bisnes anda!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×