Satu kisah yang mengejutkan tular di media sosial apabila seorang kakak saman adik beradik sendiri. Kejadian ini mencuri perhatian ramai pengguna media sosial yang turut memberi pelbagai reaksi dan spekulasi.
Difahamkan, pengasas ‘dessert’, Ordinary Baker menfailkan saman sebanyak RM1.5 juta terhadap adik-beradik mereka sendiri yang memiliki peniagaan sendiri bernama Eclairis.
Baca juga: KPM Kongsi Tarikh Cuti Penggal 1 Selama 12 Hari, Termasuk Hari Raya Haji!
TULAR KES KAKAK SAMAN ADIK BERADIK BERNILAI RM1.5 JUTA

Putri Nadira, yang juga merupakan pengurus kepada jenama Eclairis, dalam satu hantaran di media sosialnya menjelaskan bahawa tindakan kakaknya bukan sahaja mengejutkan, malah dianggap sebagai sesuatu yang sukar diterima oleh keluarga.
Putri menyifatkan tindakan si kakak mengganggap adik-beradik lain sebagai pekerja adalah tidak wajar kerana mereka telah sama-sama membangunkan jenama Ordinary Baker sejak dari awal penubuhan.
“Ini bukan sekadar tentang sebuah perniagaan. Ini tentang keluarga. Ini tentang kepercayaan. Ini tentang apa ertinya kehilangan segalanya, namun masih mampu bangkit dan mula semula dengan kekuatan yang ada.
“Kami berempat bermula dari kosong — hanya impian, tekad, dan satu sama lain. Kami berniaga dalam keletihan, mengorbankan masa bersama orang tersayang, semuanya demi membina sesuatu yang kami yakini.
“Ia tidak sempurna tapi ia milik kami dan kami bertahan bersama. Sehinggalah pada satu hari… segalanya berubah,” luahnya menerusi Instagram.
Hantaran Putri Nadira mendapat perhatian ramai dan si kakak, Putri Arshad, tampil menjelaskan bahawa pihaknya menafikan dakwaan dia telah menganiaya adik-beradik sendiri.
Menurutnya, dia enggan membawa masalah ini ke media sosial kerana tidak mahu membuka aib namun terpaksa dilakukan untuk membela diri sendiri.
Dia mendakwa bahawa syarikat Ordinary Baker (OB) menggunakan modalnya sendiri tanpa sebarang sumbangan dari ahli keluarganya dan membayar hutang adik-beradik yang disenarai hitam.
“Hasil daripada titik peluh kami adik-beradik, OB (Ordinary Baker) berjaya membantu menyelesaikan sebahagian daripada hutang mereka. Mungkin mereka terlupa, tapi banyak hutang yang telah OB bantu bayarkan. Biasalah, bila duit tak masuk poket sendiri, orang mudah lupa.
“Kita bercakap tentang hampir RM100,000 — termasuk hutang dengan TEKUN, pinjaman pendidikan, hutang dengan Ah Long, dan juga hutang dengan suami saya sendiri. Sepatutnya, mengikut perancangan pada tahun 2025, saya nak bantu selesaikan pinjaman PTPTN adik perempuan saya, tapi sayangnya perkara itu tak kesampaian.
“Selain itu, OB juga pernah bantu salah seorang adik saya untuk menjual produk makanan ringannya di kafe OB sebagai usaha untuk dia bayar balik hutangnya. Bila ada ahli keluarga yang tidak bekerja, kami juga cuba bantu setakat yang mampu,” luah si kakak.
Sehingga kini kes kakak saman adik beradik masih belum selesai.
Baca juga: Pelajar SM Sains Banting Meninggal Dunia, Dalam Perjalanan Ke Surau Untuk Solat Subuh
Sumber: Putri Nadira & Putri Arshad
