Euforia Bola 2026
Percutian

20 Senarai Kedai Makan Paling Sedap Di Kelantan, Itu Sebab Orang Panggil ‘Syurga’ Makanan!

makanan sedap di kelantan

Negeri Serambi Mekah sudah pastinya terkenal dengan hidangan yang enak seperti nasi kerabu, akok dan ayam percik. Sekiranya anda ke sini, penulis ingin kongsikan beberapa cadangan kedai makanan sedap di Kelantan untuk dicuba.

Daripada gerai tepi jalan yang menyajikan hidangan tradisional turun-temurun, hinggalah ke restoran popular yang sentiasa penuh dengan pelanggan setia.

Baca juga: Pendaki Malaysia Maut Akibat Terlepas Tali Keselamatan Di Gunung Rinjani

MAKANAN SEDAP DI KELANTAN, TERLIURNYA TENGOK

makanan sedap di kelantan

1. Makanan sedap di Kelantan – Celoh Rock

Kedai makan ini terletak di hadapan Aeon Mall, Kota Bharu dan antara menu anda boleh cuba adalah sup daging.

2. Suwarin Jinda

Suwarin Jinda merupakan restoran menu asli Thailand pertama di Kelantan yang bertempat di Jalan Kuala Besar. Antara menu popular boleh dinikmati adalah miang pla siakap, perut bulat bakar, daging harimau menangis, set nam budu dan lain-lain.

3. Nasi Ulam Cikgu

Terletak di Kampung Kraftangan, Kota Bharu, restoran ini terkenal dengan pelbagai jenis ulam-ulaman segar dan lauk-pauk tradisional Kelantan.

Menu seperti ikan keli goreng, ayam bakar, dan gulai siput sedut sering menjadi pilihan pengunjung. Harga yang berpatutan menjadikannya destinasi popular untuk makan tengah hari.

4. Mentari Kopitiam

Kedai kopi yang menawarkan pelbagai jenis roti seperti roti titab, roti bakar dan lain-lain. Selain itu, mereka juga menyajikan telur separuh masak dan minuman seperti teh ais madu. Tempat ini sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang.

5. Makanan sedap di Kelantan – Liniey Nasi Kerabu

Terletak di Jalan Abdul Kadir Adabi, Kota Bharu, restoran ini terkenal dengan nasi kerabu tumis dan nasi dagang. Pengunjung sering beratur panjang untuk menikmati hidangan di sini. Selain itu, mereka juga menyajikan kuih muih tradisional Kelantan.

6. Pasar Berek 12

Di Pasar Berek 12, Kota Bahru ini menjual pelbagai jenis hidangan antaranya roti canai banjir.

7. Nasi Sup Che Din

Che Din Nasi Sup terletak di Kampung Belukar Panji, Kota Bharu dan menu wajib dicuba pastinya sup daging, daging bakar, nasi putih dan perut air asam.

8. Roti Golok

Kedai ini menawarkan pelbagai jenis roti gebu seperti donut besar, roti sardin, dan roti sosej. Harga yang murah dan rasa yang sedap menjadikannya pilihan popular di kalangan penduduk tempatan.

9. Nasi Sup Kak Ti (Pasar Lama MPKB)

Terletak di Jalan Berek 12 Kota Bharu, Nasi sup perut masam dan daging bakar pastinya menu wajib dicuba kerana sedap dan menyelerakan .

10. Makanan sedap di Kelantan – Nasi Sumatera Panji

Bagi penggemar ayam kampung, ini adalah antara kedai makanan sedap di Kelantan paling sedap!

11. Restoran Hover, Kota Bharu

Terletak di Jalan Doktor, Kota Bharu, restoran ini menawarkan masakan tradisional Melayu dan Indonesia. Pengunjung boleh menikmati hidangan seperti ayam kampung dan lauk-pauk tempatan dalam suasana santai.

12. Nasi Sup Dale Rock, Kubang Kerian

Siapa sangka dekat Kubang Kerian ada kedai Dale Rock yang menyajikan nasi sup dengan ayam dan daging bakar. Selain dari itu, ada juga menjual mee celup dan mee cambo.

13. Nasi Kakwok Flat Kubu

Nasi kakwok ini paling sedap kerana semuanya cukup rasa terutama sekali kuah gulai.

14. Nasi sup Jalan Sri Cemerlang, Kota Bharu

Nasi Sup makan pula dengan ayam atau daging bakar memang kombinasi paling sesuai.

15. Pizza Jangok MekAni, Jeli

Kalau tekak tengah teringin nak makan piza, boleh cuba Pizza Jangok Mek Ani yang menawarkan pelbagai pilihan menu seperti pizza daging, pizza tomyam ayam, pizza ayam dan pizza seafood.

makanan sedap di kelantan

16. Zakini Nasi Kukus

Nikmati hidangan nasi kukus terbaik di Zakini Nasi Kukus, Kota Bharu. Rasa yang tiada tandingan menanti anda!

17. Ombak Rindu, Kemayang Bachok

Restoran yang terletak di Bachok ini menyediakan masakan panas, western, dan celup tepung.

18. Restoran Qaseh

Sama seperti yang lain, kedai ini menyajikan ayam madu dan nasi putih bersama sambal budu untuk dinikmati.

19. Baan Suwarin

Sama seperti Suwarin Jinda, restoran ini menyajikan makanan Thailand asli untuk dinikmati.

20. Makanan sedap di Kelantan – Warung Kopi Kampung, Gucil Bayam

Nikmati pengalaman unik di Warung Kopi Kampung Jalan Guchil Bayam, Kota Bharu dengan hidangan sedap seperti mee celup.

Baca juga: 7 Percutian Bajet Luar Negara Yang Sesuai Bawa Anak, Poket Ibu Ayah Pun ‘Tak Koyak’!

Sumber: Facebook Milo Tabur Viral

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×