Euforia Bola 2026
Suami Isteri

“Tangan Sendiri Lebih Sedap..” Rupanya Si Suami Alami Death Grip Syndrome, Punca Gagal Puaskan Isteri

kesan onani

Dalam era digital hari ini, semakin ramai lelaki muda berdepan masalah seksual yang mereka sendiri tidak jangka. Terutamanya buat yang sudah berkahwin, si lelaki sukar mencapai kepuasan ketika bersama isteri, walaupun tiada masalah kesihatan yang jelas. Malangnya, ramai tidak tahu bahawa puncanya daripada tabiat lama yang kelihatan remeh iaitu kesan onani berlebihan.

Masalah ini dikenali sebagai Death Grip Syndrome (DGS) seperti kisah yang dikongsikan oleh Dr. Ahmad Samhan di laman Facebooknya apabila ada pesakit mengadu rangsangan seksual daripada tangan sendiri lebih ‘sedap’.

Baca juga: Lelaki Sanggup Bayar RM6K Cuba Sembunyikan Skandal, Daftar Anak Luar Nikah Guna Nama Isteri!

KESAN ONANI BERLEBIHAN, LELAKI MENGADU HUBUNGAN INTIM DENGAN ISTERI TAK PUAS

kesan onani

Foto: Freepik

Kisah yang dikongsikan oleh Dr. Samhan adalah berkisar tentang seorang lelaki muda berumur 24 tahun yang telah berkahwin selama setahun tetapi menghadapi masalah dalam hubungan intim dengan isterinya. Meskipun kelihatan bahagia di luar, si isteri menyimpan kekecewaan kerana setiap kali bersama, suaminya tidak mampu mencapai klimaks melalui hubungan seksual biasa dan terpaksa “menghabiskan sendiri” menggunakan tangannya.

Tangan sendiri lebih puas dari isteri…” kata lelaki tersebut.

Setelah disiasat oleh Dr Ahmad Samhan, puncanya dikenal pasti sebagai Death Grip Syndrome, iaitu satu keadaan di mana zakar menjadi ‘terlatih’ hanya untuk terangsang melalui rangsangan tangan yang kuat dan cepat akibat tabiat onani berlebihan sejak zaman sekolah.

Keadaan ini menjadikan zakar tidak sensitif terhadap faraj isteri, kerana ia tidak mampu meniru sensasi yang dicipta oleh tangan sendiri. Akibatnya, hubungan suami isteri menjadi hambar dan membebankan secara emosi malah isteri menjadi penat dan kecewa, manakala suami tertekan kerana merasa ‘tidak cukup lelaki’.

Pakar menekankan bahawa masalah ini bukan terpencil, malah semakin kerap berlaku dalam kalangan lelaki muda hari ini, berpunca daripada tabiat onani berlebihan yang boleh merosakkan saraf dan sistem rangsangan seksual. Beliau menyeru agar lelaki yang mengalami masalah ini tidak malu untuk mendapatkan rawatan, kerana ia boleh dipulihkan jika ditangani dengan kaedah yang betul.

APA YANG BERLAKU KALAU ANDA ADA MASALAH ‘DEATH GRIP SYNDROME’?

Menurut Healthline, Death Grip Syndrome (DGS) ialah istilah tidak rasmi yang merujuk kepada kesukaran seorang lelaki mencapai orgasme atau ejakulasi semasa hubungan seksual sebenar, disebabkan oleh tabiat onani yang terlalu kerap dan dilakukan dengan cara yang terlalu kuat atau kasar.

1. Apa yang berlaku?

Lelaki yang kerap onani dengan cara menggenggam zakar terlalu kuat (lebih ketat dari rangsangan semula jadi faraj) akan menyebabkan otaknya ‘terbiasa’ dengan rangsangan itu sahaja.

Apabila dia cuba melakukan seks sebenar, otaknya tidak menerima rangsangan yang sama, lalu sukar untuk mencapai klimaks (atau langsung tidak boleh).

2. Punca Utama

– Onani terlalu kerap (setiap hari, beberapa kali sehari).

– Teknik onani yang terlalu agresif atau menggunakan genggaman yang luar biasa kuat.

– Penggunaan bahan rangsangan seperti video lucah yang sangat ekstrem, menyebabkan otak jadi “kebal” kepada rangsangan biasa.

3. Kesan DGS

– Sukar pancut semasa bersama pasangan.

– Hubungan seks jadi lama tetapi tidak memuaskan.

– Isteri mungkin kecewa, suami pula rasa tidak cukup ‘jantan’.

– Boleh menyebabkan stres, kemurungan, atau konflik rumah tangga.

4. Boleh Pulihkah?

Ya, tapi memerlukan masa dan usaha. Langkah pemulihan termasuk:

– Berhenti atau kurangkan onani.
– Elakkan bahan pornografi.
– Belajar semula teknik kawalan rangsangan (melalui terapi seksual atau senaman seperti “edging” dan “sensate focus”).
– Dapatkan bimbingan profesional (doktor, pakar terapi seks).

kesan onani

Foto: Freepik

*Risau juga eh? Jangan lupa check!

Baca juga: Hati-Hati Wahai Lelaki, Peguam Syarie Bongkar Tanda ‘Red Flag’ Calon Isteri Bawa Masalah!

Sumber: Dr.Ahmad Samhan, Healthline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×