Aktiviti fizikal sememangnya penting untuk menjaga kesihatan, namun apabila dilakukan secara berlebihan tanpa persediaan tubuh yang mencukupi, ia boleh membawa mudarat.
Baru-baru ini, seorang pakar perubatan, Dr Badrul Abu Bakar, telah menarik perhatian ramai apabila berkongsi kisah seorang pesakit muda yang mengalami komplikasi serius akibat melakukan pelbagai aktiviti lasak dalam satu hari.
Baca juga: Penyakit HFMD Kembali ‘Menyerang’, Ketahui 10 Tanda Ini Agar Cepat Terima Rawatan!
AKTIVITI FIZIKAL BERLEBIHAN DALAM SEHARI DISERANG RHABDOMYOLISIS

TikTok Dr Badrul Abu Bakar
Kes ini bukan sahaja menjadi peringatan kepada orang ramai tentang risiko rhabdomyolisis iaitu sejenis keadaan serius yang boleh merosakkan otot dan buah pinggang, tetapi juga tentang pentingnya kesederhanaan dalam bersenam.
“Pesakit usia 25 tahun datang dengan sakit pada kedua belah tangan dan kaki yang sangat teruk. Pain score 10/10.
“Pesakit tu baru lepas buat aktiviti lasak, berkayak, berjogging dan berbasikal. Malam main futsal semuanya dalam satu hari yang sama.
“Apabila ambil ujian darah, enzim kreatin kinase atau protein dalam darah sangat tinggi, cecah 3,000 ke atas.
“Buah pinggang pun bocor. Didiagnos sebagai rhabdomyolisis,” tulisnya di dalam hantaran video di TikTok.
Baca juga: Jantung Berdebar Tiba-Tiba Sebenarnya ‘Bisikan’ Awal Masalah Serius, Bukannya Jatuh Cinta!
Tambahnya lagi, melakukan aktiviti lasak secara berterusan mungkin dianggap perkara biasa namun sebenarnya sangat berbahaya jika ia dilakukan tanpa rehat yang mencukupi.
Antara komplikasi yang bakal berlaku sekiranya didiagnos dengan rhabdomyolisis, iaitu:
- Kecederaan buah pinggang
- Boleh mengganggu degupan jantung
- Boleh mengganggu garam galian dalam badan
- Kekejangan otot yang memerlukan pembedahan
“Lazimnya orang yang kena masalah ni adalah mereka yang tak pernah buat aktiviti lasak dan badan dia tak boleh adapt dengan situasi tu,” ujarnya.
Baca juga: Kerap Makan Oat Jadi Penyebab Wanita Ini Menggigil Satu Badan, Puncanya Risau Berat Badan Naik!

Gambar rawpixel.com
Melalui laman Hello Doktor, pada awalnya, penyakit ini tidak mudah dikesan kerana mungkin tidak bergejala. Apabila sudah ada komplikasi baru ia mula memberikan tanda-tanda yang lebih sistemik dan tidak spesifik.
Antara simptom awal rhabdomyolisis ialah:
- Sakit otot yang melampau, mungkin disertai dengan kemerahan dan bengkak di kawasan itu
- Penat dan lesu
- Demam
- Muntah-muntah
- Keliru atau delirium
- Kencing berwarna gelap/keruh
- Jantung berdebar
Kesimpulannya, bersederhanalah dalam melakukan apa sahaja termasuklah melakukan aktiviti bersenam. Jangan biarkan senaman untuk sihat menjadi punca masuk hospital.
Baca juga: Tercungap-Cungap Dek Serangan ‘Anxiety & Panic’, Ini 5 Langkah Kecil Untuk Bantu Diri!
Sumber: TikTok @badrullegacy / Hello Doktor
