Euforia Bola 2026
Asuh

Nak Jadi Ayah Kebanggaan Anak, Kena Jadi Yang No.1 Ini, Jangan Sekadar Ada Tapi Tak Wujud!

JENIS JENIS AYAH

Jenis jenis ayah di rumah tidak semuanya sama kerana ada yang hadir sepenuhnya, menjadi pelindung dan ada juga yang hanya wujud sebagai figura dalam rumah tanpa benar-benar terlibat secara emosi dan mental.

Peranan ayah yang aktif dan terlibat sangat penting dalam membentuk emosi, keyakinan diri, dan perkembangan sosial anak. Sebaliknya, ketiadaan peranan ini boleh memberi kesan jangka panjang terhadap tumbesaran anak, walaupun si ayah berada di sisi setiap hari.

Baca juga: Bilangan Kanak-Kanak Ke Sekolah Pendidikan Khas Meningkat, Anak Normal Boleh Jadi Pseudo Autism, Puncanya Hanya Satu!

JENIS JENIS AYAH DI DUNIA INI, ANDA YANG MANA SATU?

JENIS JENIS AYAH

Freepik

Jadi, jenis jenis ayah yang ada dituliskan di atas adalah:

1. Involved father (terlibat)

Ayah yang terlibat bermaksud seorang bapa ada menyokong emosi, fizikal dan mental kehidupan anak-anaknya. Dia bukan sekadar mencari nafkah, tetapi turut aktif membesarkan, mendidik dan membentuk watak anak.

Antara ciri-ciri ayah terlibat:

– Luangkan masa berkualiti bersama anak, bukan sekadar berada di rumah.

– Menunjukkan kasih sayang secara konsisten seperti pelukan, kata-kata semangat dan perhatian.

– Terlibat dalam aktiviti harian seperti menghantar ke sekolah, membantu kerja rumah atau bermain bersama.

– Mendidik anak dengan nilai dan disiplin, bukan dengan marah atau paksaan semata-mata.

– Menjadi pendengar yang baik dan peka terhadap emosi anak.

Ayah jenis ini memberi kesan positif kepada anak, antaranya:

  • Anak lebih yakin diri, kurang masalah tingkah laku
  • Prestasi akademik dan sosial lebih stabil
  • Anak lelaki cenderung jadi lelaki bertanggungjawab
  • Anak perempuan rasa lebih dilindungi dan dihargai

2. Uninvolved father (tak terlibat)

Jenis jenis ayah yang kedua adalah tidak terlibat secara emosi atau fizikal menjauhkan diri daripada anak-anaknya. Walaupun tinggal serumah, tetapi tidak memainkan peranan aktif dalam membesarkan anak.

Antara sikap ayah tidak terlibat:

– Tidak menunjukkan minat terhadap perkembangan anak.

– Jarang atau tidak pernah berkomunikasi secara bermakna.

– Mengabaikan keperluan emosi anak.

–  Tidak mengambil tahu perasaan anak sama ada sedih, gembira, atau takut.

– Beranggapan bahawa mendidik anak adalah tanggungjawab ibu semata-mata.

– Dalam kes tertentu, terlalu sibuk bekerja atau terlibat dalam gaya hidup sendiri.

Sikap sebegini pastinya akan memberi kesan negatif kepada si kecil, antaranya:

  • Anak berisiko alami masalah emosi
  • Rasa kurang dihargai
  • Suka memberontak
  • Mencari perhatian secara negatif
  • Sukar mempercayai orang lain
  • Tidak membentuk hubungan yang sihat di masa depan

Kehadiran dan penglibatan seorang ayah memainkan peranan besar dalam pembentukan emosi, tingkah laku dan masa depan anak. Ayah bukan sekadar ketua keluarga tetapi perlu menjadi sahabat kepada anak-anak agar mereka rasa dihargai.

Baca juga: Anak Jadi Autisme Punca Daripada 7 Sebab Ini, Ibu Ayah TOLONG Berjaga-Jaga!

Sumber: TikTok RB

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×