Euforia Bola 2026
Famili

Budak 5 Tahun Maut Tertinggal Dalam Van Sekolah, “Kecuaian Orang Saya Hilang Anak”- Bapa

TERTINGGAL DALAM VAN SEKOLAH

Akibat tertinggal dalam van sekolah selama lebih empat jam, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemui maut. Mangsa bersekolah di sebuah tadika dekat Taman Bukit Indah, Johor Bahru di sini tidak sedarkan diri dalam van sekolah kira-kira jam 12 tengah hari.

Baca juga: Anak Terpaksa Ditidurkan Akibat Influenza A, Bila Dah Sedar Keadaan Kaki Melecur & Jari Hilang

BUDAK 5 TAHUN MAUT TERTINGGAL DALAM VAN SEKOLAH

TERTINGGAL DALAM VAN SEKOLAH

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan, mangsa dipercayai tertinggal di dalam van sekolah itu ketika pemandu menurunkan kanak-kanak lain di hadapan tadika pada hari sama, kira-kira jam 7.30 pagi.

Mayat mangsa dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu kesalahan pengabaian dengan bertindak secara cuai ke atas kanak-kanak.

Pihak polis juga telah menahan seorang pemandu van sekolah untuk membantu siasatan. Lelaki berusia 56 tahun itu tidak mempunyai rekod lampau selain hasil ujian saringan air kencing juga negatif dadah.

“Suspek ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) selama tujuh hari bermula hari ini hingga Rabu depan,” ujarnya.

Keluarga kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang maut itu menzahirkan harapan agar keadilan dapat ditegakkan demi anak mereka.

“Saya kecewa, sepatutnya pemandu van periksa betul-betul dan pastikan semua budak turun dahulu sebelum boleh tutup pintu atau beredar,” katanya.

Dia turut menyatakan kekecewaan terhadap pihak tadika kerana gagal memantau kehadiran murid serta tidak menghubungi ibu bapa lebih awal.

“Kalau budak tak datang, tadika patut semak kehadiran dan hubungi ibu bapa. Ini semua kecuaian. Saya tak mahu perkara ini terjadi kepada anak orang lain,” luahnya.

Dia berharap agar siasatan terperinci dilakukan dan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab agar insiden tragis itu tidak berulang lagi.

Baca juga: Bilangan Kanak-Kanak Ke Sekolah Pendidikan Khas Meningkat, Anak Normal Boleh Jadi Pseudo Autism, Puncanya Hanya Satu!

Sumber: Berita Harian & Astro Awani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×