Euforia Bola 2026
Famili

Anak Dituduh Rosakkan Perabot Dalam Kelas, Ibu Jalan Kaki Sambil Bawa Meja & Kerusi Untuk Ganti

ANAK ROSAKKAN HARTA SEKOLAH

Akibat anak rosakkan harta sekolah, seorang ibu sanggup berjalan kaki sejauh 200 meter dari rumah ke sekolah sambil membawa set meja dan kerusi.

Difahamkan, ibu berusia 35 tahun itu menerima mesej daripada guru besar mengenai kejadian itu yang mendakwa perabot kelas telah rosak gara-gara anaknya.

Baca juga: Anak Terpaksa Ditidurkan Akibat Influenza A, Bila Dah Sedar Keadaan Kaki Melecur & Jari Hilang

ANAK ROSAKKAN HARTA SEKOLAH, IBU JALAN KAKI 200 METER BAWA PERABOT

ANAK ROSAKKAN HARTA SEKOLAH

“Disebabkan guru besar minta ganti, saya sanggup bertanggungjawab,” kata Arta selepas menyerahkan meja dan kerusi itu ke sekolah.

Arta menjelaskan, sebelum kejadian berlaku, guru besar telah memberi peringatan dalam kumpulan WhatsApp ibu bapa supaya anak-anak tidak merosakkan harta benda sekolah. Dalam mesej tersebut, guru besar turut menyoal siapa yang akan bertanggungjawab jika berlaku kerosakan.

“Saya tanya anak saya dan katanya kerusi itu memang sudah rosak sebelum ini. Tetapi saya tetap bersedia ganti dan nyatakan hasrat itu dalam mesej. Guru besar jawab ‘Alhamdulillah kalau mahu ganti’,” ujar Arta.

Dia kemudiannya membeli meja dan kerusi baharu secara dalam talian pada harga RM104 (Rp400,000). Arta turut menulis satu nota di atas meja tersebut: “Meja ini dibeli oleh ibu bapa kerana diminta menggantikan.”

Perkara ini turut mendapat perhatian pihak berkuasa tempatan dan perbincangan diadakan melibatkan Dinas Pendidikan dan Bupati Lebak, Hasbi Asyidiki Jayabaya.

Bupati Hasbi menegaskan bahawa kemudahan sekolah adalah tanggungjawab pihak institusi dan tidak sepatutnya membebankan ibu bapa.

“Ibu bapa tidak boleh dibebankan untuk mengganti perabot yang memang sudah rosak sejak awal. Ini satu teguran penting untuk pihak sekolah,” jelasnya.

Pihak pendidikan turut mengarahkan semua sekolah agar tidak menyampaikan teguran atau arahan melalui mesej dalam talian tetapi menggunakan saluran rasmi bertulis bagi mengelakkan kekeliruan.

Kejadian yang berlaku di Indonesia ini pastinya mendapat perhatian ramai dan tular di media sosial.

Baca juga: 19 Tahun Menanti Gelaran Ibu Ayah, Pasangan Ini Akhirnya Dikurniakan Cahaya Mata, Sebak!

Sumber: Kompas

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×