Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Barang Dalam Rumah Seperti Pinggan Mangkuk Boleh Dituntut Selepas Bercerai? Peguam Jelas..

harta sepencarian

Menerusi laman TikTok milik seorang peguam, beliau ada berkongsi tentang maksud harta sepencarian serta sama ada tindakan mengambil semula barang di dalam rumah dibenarkan atau tidak.

Harta sepencarian merujuk kepada harta yang diperoleh bersama oleh suami isteri sepanjang tempoh perkahwinan, hasil daripada usaha bersama secara langsung atau tidak langsung.

Baca juga: Kilang Continental Di Alor Setar Tutup Hujung Tahun Ini, 950 Orang Bakal ‘Menganggur’

PERKAKAS RUMAH TERMASUK DALAM HARTA SEPENCARIAN?

HARTA SEPENCARIAN

Freepik

Menurutnya, perkakas rumah seperti mangkuk, perabot, peti ais dan lain-lain boleh dituntut sebagai harta sepencarian. Tambahnya, jika barangan itu dibeli oleh isteri dan suami tidak mahu memulangkannya, pihak mahkamah akan mengambil tindakan kepada si suami.

“Perkakas rumah juga boleh dituntut sebagai harta sepencarian. Selepas bercerai, barangan dalam rumah jadi milik siapa? Contoh isteri ada beli set pinggan mangkuk, perabot, televisyen, peti ais dalam tempoh perkahwinan.

“Selepas bercerai suami pula bawa lari barang-barang tersebut atau suami berkeras tak nak pulangkan semula kepada isteri. Di sini, isteri boleh sertakan barangan tersebut dalam tuntutan harta sepencarian.

“Mahkamah juga boleh perintahkan suami untuk bayar kepada isteri nilai bahagian yang telah ditentukan atau apa-apa kaedah yang mahkamah fikirkan munasabah,” jelasnya.

Para suami juga difahamkan boleh menuntut bahagian dengan syarat perlu mengemukan bukti bahawa barangan tersebut turut dibeli olehnya.

“Adakah suami boleh tuntut bahagian juga ke? Jawapannya boleh dengan syarat suami perlu buktikan dia ada sumbangan terhadap barangan berkenaan,” katanya.

Mahkamah Syariah akan menentukan pemilikan atau bayaran ganti rugi secara adil berdasarkan bukti dan sumbangan kedua-dua pihak.

Baca juga: Kos Perkahwinan Idaman Di Malaysia Cecah Sehingga RM200K, Tertinggi Di Asia Tenggara!

Sumber: TikTok Nuaim Razak & Partners

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×