“Paling penting jangan derhaka resipi nanti tak jadi”, itulah yang diberitahu oleh Mariana Zainal tentang cara buat puding jagung yang sedap. Menurutnya, puding jagung ini mudah sahaja nak buat dan akan menjadi kalau ikut langkah yang betul.
Memang rugi kalau anda tidak tahu membuat manisan ini, boleh bawa ke mimpi kalau tak dapat! Jom ikuti perkongsiannya di bawah ini.
Baca juga: Rahsia & Resipi Ikan Masak Cuka Bertambah Pinggan, Ini Pesanan Arwah Mak…
CARA BUAT PUDING JAGUNG

Gambar: Mariana Zainal
Resipi Puding Jagung (loyang bulat saiz 12′ atau 9′ dapat 2 loyang)
- 1 tin jagung creamy (pastikan beli yang creamy)
- 300 gram tepung kastard (custard bird sepeket)
- 1 kotak kecil santan (Kara)
- 1800ml air gula (9 cawan)
- 200 gram gula (1 cawan)
- 250 gram susu pekat manis (1 cawan)
- 3 gram garam (1 sudu teh)
- Pewarna kuning lemon jika perlu (kalau guna custard bird tak perlu lagi dah)
Baca juga: Wanita Kongsi Cara Buat NASI IMPIT Paling Mudah, Bila Potong Nasi Pejal & Berketul Elok
Cara-caranya:

Gambar: Mariana Zainal
- Sediakan loyang, basahkan ia dengan sedikit air. Buang airnya, lapik plastik dalam loyang tapi saya guna bekas-bekas tupperware sahaja senang nak makan.
- Satukan semua bahan dan kacau hingga larut.
- Masak atas api sederhana perlahan dan sentiasa kacau guna whisk (jangan ditinggalkan).
- Apabila adunan dah berkilat dan meletup-letup, bolehlah tutup api.
- Tuang adunan dalam loyang atau bekas-bekas tupperware, biarkan sejuk.
- Kemudian, bolehlah potong ikut cita rasa. Nak lebih sedap simpan dalam peti sejuk dahulu.
Baca juga:
P/s:
Jika nak buat untuk berniaga, sebaik-baiknya guna santan kotak supaya puding lambat nasi. Selamat mencuba dan berniaga!
Baca juga: Wanita Dedah Periuk Nasi Lebih Cepat Empukkan Daging, Orang Tak Ada Gigi Selamat Makan!
Sumber: Mariana Zainal
FT Image: Mariana Zainal
