Euforia Bola 2026
Dapur

Cara Buat Cream-O Pop Stick Di Rumah, Snek Comel Macam Ini Pasti Anak Suka!

pop stick

Kalau ibu-ibu di rumah sudah ketandusan idea untuk menyediakan makanan petang buat anak, boleh cuba perkongsian di bawah ini iaitu Cream-O Pop Stick.

Gabungan rasa coklat, krim manis dan biskut rangup pasti akan membuatkan si kecil tidak berhenti makan! Nak cuba buat sendiri di rumah? Ikuti perkongsian penuh di bawah.

Baca juga: Ada 3 Jenis Pokok Daun Kari, Guna Yang Ini Baru Masakan Lebih Sedap & Wangi

CARA BUAT CREAM-O POP STICK UNTUK ANAK, CONFIRM ‘LICIN’

POP STICK

Bahan-bahan diperlukan:

  • Biskut Cream-O
  • Coklat coin Beryl’s atau compound coklat (dark coklat, white coklat atau strawberry)
  • Sprinkles (hiasan ikut pilihan masing-masing)
  • Batang aiskrim kayu
  • Pengikat plastik (twist tie)
  • Seal plastik (saiz 2.75″ x 4″)

Cara-cara penyediaan cream-o pop stick:

1. Cairkan coklat menggunakan kaedah double boil.

2. Kemudian, celupkan batang aiskrim kayu di bahagian hujung ke dalam coklat untuk cantumkan biskut sebelah-menyebelah.

3. Setelah biskut melekat di batang aiskrim, celupkan seluruh bahagian biskut ke dalam coklat.

4. Hiaskan topping mengikut cita rasa anda sendiri.

5. Setelah itu, boleh simpan dalam seal plastik dan ikat dengan pengikat plastik.

Siap dan cream-o pop stick sedia untuk disajikan kepada anak-anak. Pasti mereka suka dan minta lagi. Tak percaya? Cubalah!

Baca juga: Resepi Rendang Daging Hitam Tak Payah Letak Kicap, Guna Teknik Ini Baru ‘Gelap’!

Sumber: Facebook Siti Shamsina

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×