Euforia Bola 2026
Asuh

Muhammad Umar Bertarung Nyawa Jantung Berlubang, Perlu RM80,000 Untuk Pembedahan Segera

jantung berlubang

Di sebalik kegembiraan menyambut kelahiran cahaya mata, sepasang suami isteri muda kini berdepan ujian getir apabila bayi lelaki mereka yang baru berusia sebulan disahkan menghidap masalah jantung berlubang serius.

Keluarga yang tinggal di Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini malah memerlukan bantuan sebanyak RM80,000 untuk melakukan pembedahan segera.

Baca juga: “Sayang Nenek!”- Cucu Nenek Tular Baca Yasin SPM Raih Keputusan Cemerlang 4A+ 5A, Netizen Pun Sebak

MUHAMMAD UMAR USIA SEBULAN ALAMI MASALAH JANTUNG BERLUBANG

jantung berlubang

Foto: Muhammad Umar

Menurut laporan Malaysian Gazette, ibunya, Siti Noor Najihah Mahadher, 25 tahun, berkata anaknya Muhammad Umar Muhammad In’amul Hassan dilahirkan cukup bulan dengan berat 3.26 kilogram tanpa sebarang tanda masalah kesihatan.

“Namun, selepas dua minggu, dia mula mengalami kesukaran bernafas dan dimasukkan ke hospital. Pemeriksaan lanjut mengesahkan dia menghidap masalah jantung serius iaitu Ventricular Septal Defect (VSD) dan Atrial Septal Defect (ASD),” katanya.

Tambahnya, berita itu amat mengejutkan kerana semasa kehamilan, semua ujian menunjukkan bayi dalam keadaan sihat.

“Sekarang, fokus kami hanya satu iaitu menyelamatkan nyawa anak kami,” ujarnya.

Tambah Siti Noor Najihah, dua lubang dikesan pada jantung anaknya, salah satunya berukuran 6.5 milimeter, menyebabkan gangguan pernafasan dan kekurangan oksigen. Ketika ini, bayi itu bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan di hospital sementara menanti pembedahan.

“Doktor memaklumkan pembedahan perlu dilakukan segera untuk mengelakkan komplikasi serius seperti tekanan tinggi pada paru-paru, bengkak paru-paru, atau lebih teruk, kegagalan jantung,” jelasnya.

KEMPEN KUTIPAN DANA DIJALANKAN

jantung berlubang

Foto: Malaysian Gazette

Sementara itu, Pengerusi One Hope Charity & Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata pihak mereka akan menggerakkan kempen kutipan dana orang ramai bagi membantu Muhammad Umar, yang dijadualkan menjalani pembedahan esok.

“Jumlah kos diperlukan adalah RM80,000, namun keluarga bayi ini hanya mampu menyediakan RM2,000. Bapanya, Muhammad In’amul Hassan, 28, bekerja sebagai penghantar makanan, manakala ibunya tidak bekerja dan menguruskan rumah tangga,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui akaun Public Bank Berhad atas nama One Hope Charity & Welfare (No. Akaun: 3201428817) atau secara dalam talian di laman web onehopecharity.org. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 04-539 9212, 016-419 2192, 019-232 2192 atau 018-911 4192.

Baca juga: “Ada Anak Saya Dalam Kotak Ini..”- Bayi Perempuan Ditemui Dalam Kotak Bersama ‘Nota Khas’ Buat Netizen Sebak

Sumber: Malaysian Gazette

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×