Euforia Bola 2026
Famili

Tempat Kerja & Majikan Toksik Punca 59% Rakyat Malaysia ‘Resign’, Tertinggi Di Asia Pasifik

TEMPAT KERJA TOKSIK

Menerusi laporan Randstad, sebanyak 59% pekerja di Malaysia berhenti kerena tempat kerja toksik dan itu merupakan jumlah paling tinggi dalam rantau Asia Pasifik.

Difahamkan, perkara ini berlaku kerana pekerja lebih mengutamakan keseimbangan kehidupan berbanding budaya toksik di pejabat.

Baca juga: Ibu Terharu Terima Layanan Tip Top Di Klinik Kesihatan, Siap Cantumkan Kerusi Rotan Untuk Anak

TEMPAT KERJA TOKSIK PUNCA 59% PEKERJA DI MALAYSIA ‘RESIGN’

TEMPAT KERJA TOKSIK

Freepik

Kajian menunjukkan bahawa mewujudkan tempat kerja yang positif bukan sahaja meningkatkan produktiviti pekerja, malah menjadi trategik bagi majikan yang ingin menarik bakat tanpa perlu bersaing secara agresif dari segi kos pengambilan.

Hampir separuh daripada responden Malaysia (48%) menyatakan bahawa mereka akan menolak tawaran kerja daripada sebuah syarikat yang terkenal kerana budaya tempat kerja toksik. Sentimen ini paling kuat dalam kalangan Gen Z (59%) dan Gen X (50%).

50% responden berkata mereka akan mempertimbangkan untuk meletak jawatan jika tidak serasi dengan pengurus mereka, dengan Baby Boomers (66%).

Selain itu, 61% pekerja menyatakan mereka akan meletakkan jawatan sekiranya tidak mempunyai kerjasama antara pekerja lain. 16% pekerja pula khususnya dari kalangan Gen Z (28%) menyatakan tiada persahabatan yang kukuh di tempat kerja sebagai sebab untuk berhenti.

Kajian itu turut menyatakan seramai 93% benar-benar mengenali rakan sekerja mereka. Menariknya, 33% responden sanggup menerima gaji yang lebih rendah jika mereka mempunyai kawan rapat di tempat kerja, dengan Gen Z (37%) dan Baby Boomers (44%) menunjukkan kecenderungan tertinggi dalam hal ini.

Sebanyak 43% rakyat Malaysia menyatakan bahawa mereka akan berhenti kerja jika perlu menghabiskan lebih banyak masa di pejabat, dengan angka ini meningkat kepada 47% dalam kalangan Gen Z dan Milenial.

Baca juga: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 Diumumkan 24 April Ini, Adik-Adik Sudah Bersedia?

Sumber: Ranstad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×