Kalau ada satu benda yang boleh buat orang makan nasi lemak tambah berpinggan-pinggan, itu sudah semestinya adalah kerana sambal yang disediakan. Tapi bukan sambal biasa-biasa, ini merupakan sambal tumis ikan bilis resepi mak-mak!
Dengar macam mudah tapi untuk siapkan sambal tumis ikan bilis yang sedap bukan setakat pedas tapi perlu seimbang dari segi manis, masam dan lemak. Rupanya ini ‘rahsia’ yang anda boleh ikut untuk hasilkan sambal tumis yang sedap memikat.
Baca juga: Cara Masak Sambal Tumis Tanpa Sebarang Percikan Di Dinding Dapur Ikut 7 Petua Ini
RESEPI SAMBAL TUMIS IKAN BILIS MACAM MAK-MAK MASAK, SEDAP BETUL!

Bahan-bahannya:
– 2 genggam ikan bilis sudah dikopek
– 2 senduk cili kering kisar
– Kisar 1 biji bawang besar, 10 biji bawang merah kecil, 3 biji bawang putih, 1 inci halia, 2 batang serai, 1 inci kunyit hidup, 1 inci lengkuas dengan sedikit air
– 5 biji bawang merah India dihiris
– 1 biji bawang besar India dihiris
– 1 inci halia dihiris
– 1/2 kotak santan kotak
– 1 sudu besar pes asam jawa
– 1 ketul gula Melaka Mini
– 5 sudu besar gula pasir
– 1 sudu besar garam
Cara-caranya:
1. Basuh bersih ikan bilis guna penapis.
2. Kemudian goreng sampai garing dan ketepikan.
3. Guna minyak sama, tukar kuali lain.
4. Goreng bawang merah dan halia yang dihiris sampai layu dan kekuningan.
5. Dah layu bawangnya, terus masukkan cili kering kisar. Tumis sampai pecah minyak.
6. Dah pecah minyak masukkan bahan kisar lain, pastikan pecah minyak sekali lagi.
7. Masukkan santan apabila dah pecah minyak.
8. Terus masukkan asam jawa dan gula Melaka bersama gula pasir, nak letak garam ketika ini pun boleh.
9. Masukkan ikan bilis apabila dah pecah minyak. Memang penting pecah minyak ini ya!
10. Kalau nak lagi cantik dan manis, masukkanlah bawang besar hiris, kacau rata dan siap!

*Sedapnya! Sekali tumis memang bau setaman!
Baca juga: Akhirnya Jumpa ‘Rahsia’ Arwah Mak Masak Nasi Lemak Susah Basi & Sambal ‘Kick’, Sedapnya!
Sumber: Khairul Hakimin Muhammad
