Euforia Bola 2026
Dapur

Wanita Kongsi Cara Buat NASI IMPIT Paling Mudah, Bila Potong Nasi Pejal & Berketul Elok

cara buat nasi impit

Selama ini ramai suka membeli sahaja, apa kata kali ini pembaca semua belajar cara buat nasi impit sendiri. Tak sangka ia lebih mudah dan jimat sangat-sangat. Bahkan, tak perlu risau, kalau tiba-tiba stok nasi impit di kedai habis.

Dan semestinya, kepejalan nasi impit yang dihasilkan dari air tangan sendiri lebih memuaskan. Kalau tak percaya, jom buat sendiri seperti dikongsikan Sarina Husin di bawah.

Baca juga: Wanita Dedah Periuk Nasi Lebih Cepat Empukkan Daging, Orang Tak Ada Gigi Selamat Makan!

CARA BUAT NASI IMPIT SENDIRI

cara buat nasi impit

Gambar: Sarina Husin

Dari dulu lagi zaman anak dara sampai lah hari  ini, serius cakap memang tak minat nak godek-godek resipi jimat lagi mudah ini.

Kebiasaannya, saya beli sahaja yang dah siap dekat kedai. Mini 30 ketul itu lah berkenan sangat-sangat.

Tapi, sampai bila kan? Jadi, hari ini saya ringan-ringankan tangan jiwa dan raga cuba buat nasi impit yang jimat dan mudah ini.

Tengok kejadiannya di gambar.  Semoga bermanfaat buat semua.

Baca juga: Resipi Rendang Ikan Tongkol Pedas Menyengat, Bertambah Tak Ingat Dunia!

Bahan-bahan dan cara penyediaan:

cara buat nasi impit

Gambar: Sarina Husin

  • 1 cawan beras
  • 3 cawan air
  • 1/2 atau 1 sudu teh garam
  1. Bilas beras dengan bersih.
  2. Kemudian masukkan ke dalam pressure cooker (periuk nasi pun boleh) bersama sukatan 3 cawan air.
  3. Tekan pilihan bahagian daging (meat) selama 35 minit.
  4. Bila dah siap masak, ia akan kelihatan seperti bubur yang likat.
  5. Pindahkan ke dalam bekas bersesuaian dan tekan nasi rapat-rapat bagi padat.
  6. Kemudian, biarkan ia sejuk sendiri dan potong ikut saiz nasi impit seperti biasa.

Siap! Sedia untuk dihidangkan bersama makanan lain seperti soto atau rendang.

Baca juga: Risau Tetamu ‘Open House’ Tak Cukup Makan, Wanita Ini Kongsi Sukatan Bahan Untuk 50 Pax!

cara buat nasi impit sendiri

Gambar: Sarina Husin

Melihat di ruangan komen, kebanyakan mereka pernah merasai detik membuat ketupat sendiri semasa zaman dulu. Antara komen tersebut adalah,

“Zaman dulu kala kan, mak-mak nak kita buat nasi impit begini lah. Jenuh lah menekan bagi mampat tengah panas-panas itu. Letak dalam talam, bersusun-susun waktu raya,” komen Eda Awie.

Selain itu Sarina juga berkata, jenis beras sama ada import atau tempatan, kedua-duanya boleh digunakan asalkan sukatannya sama.

Selamat mencuba semua!

Baca juga: Cara Simpan Bahan Mentah ‘3T’, Simpan Lama-Lama Pun Tak Masam & Buruk!

Sumber: Sarina Husin

FT Image: Sarina Husin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×