Euforia Bola 2026
Famili

“Mak Buang, Aku Kutip Kau”– Insiden Bergaduh Di Wad Hospital, Kakak Bongkar Cerita Selepas Dituduh

hospital melaka

Beberapa hari lalu, pertikaian keluarga yang sepatutnya diselesaikan secara tertutup kini menjadi perhatian umum selepas dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan bergaduh di Hospital Melaka.

Insiden yang berlaku ini bukan sahaja membuka pekung konflik dalaman keluarga, malah mengundang pelbagai reaksi apabila salah seorang daripada mereka tampil berkongsi kisah sebenar di media sosial.

Baca juga: “Nak Kebumi Di Mana?” – Dua Beradik Bergaduh Di Wad Ketika Ayah Nazak, Kena ‘Heret’ Ke Mahkamah!

Dua Beradik Didakwa Bergaduh di Hospital Melaka, Kakak Bongkar Kisah Sebenar!

hospital melaka

Foto: Kakak Normala yang berbaju hitam.

Menurut perkongsian di laman Tiktok @ocambakery milik si kakak bernama Normala Othman, kisah perbalahan ini bukan sekadar soal warisan atau lokasi pengebumian, tetapi mencerminkan luka lama yang belum sembuh dalam hubungan kekeluargaan mereka.

Dalam video luahannya itu, dia sebagai kakak yang didakwa di mahkamah bersama adiknya itu menyatakan rasa kesal kerana sering difitnah dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas. Malah, menurut Normala, dia pernah bertanggungjawab menjaga dan membesarkan adik-adiknya setelah mereka disisihkan oleh ibu sendiri.

Sebagai seorang kakak, Normala memilih untuk berundur sejak 2018 demi meredakan ketegangan dalam keluarga. Namun, keputusannya untuk menjauhkan diri disalah tafsir sehingga dia dilabel sebagai anak derhaka, walaupun hakikatnya dia masih menunaikan tanggungjawab memberi nafkah kepada ibu bapa.

Lebih menyedihkan, Normala turut mendakwa perniagaan bakerinya turut diganggu oleh pihak tertentu.

DIFITNAH NAK AMBIL TANAH FELDA

hospital melaka

Tangkap layar Tiktok.

“Aku yang bagi makan, aku hantar sekolah, aku juga yang jaga kamu bila mak tinggalkan. Aku dah banyak bersabar, tapi aku penat,” luahnya dalam sebuah hantaran di media sosial.

Normala turut mendedahkan bahawa adiknya pernah menyembunyikan lokasi dan waktu pengebumian bapa mereka, sehinggakan anak-anak sendiri tidak dimaklumkan. Malah, dia difitnah cuba menguasai harta keluarga seperti tanah FELDA dan dituduh tamak, sedangkan niatnya hanya mahu menjaga amanah keluarga.

Konflik itu bertambah rumit apabila ahli keluarga lain termasuk ipar duai turut terlibat dan mencampuri urusan dalaman mereka.

“Tak masuk akal sampai sanggup rahsiakan kematian ayah sendiri. Saudara mara tak diberitahu, anak-anak sendiri pun tak tahu apa-apa. Semoga nanti bila tiba giliran kamu, anak-anak kamu akan menghargai dan mendoakan kamu,” katanya lagi.

@ocambakeryTak pernah dibuat kat orang, rahsiakan pengkebumian ayah sendiri, jgn kata sedara mara arwah, anak sendiri pun tak diberitahu….terima kasih moga kematian anda nanti, ada anak2 anda hargai dan bacakan yassin…. InshaAllah♬ original sound – Ocam Bakery

*Diharapkan kes antara adik-beradik sebegini dapat diselesaikan dengan baik. Bukannya apa, sebagai anak yang baik sudah semestinya tidak mahu menambah dosa ibu bapa terutamanya apabila mereka sudah tiada bukan?

Baca juga: Ketua Keluarga Wajib Sediakan Satu Fail Faraid Lengkap Dengan 7 Dokumen Ini, Senang!

Sumber: Tiktok @ocambakery

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×