Kemasukan pelajar ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) akan diselaraskan antara Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Kementerian Pendidikan mulai tahun depan. Berita kemasukan MRSM dan SBP ini dimaklumkan oleh Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di laman sosialnya semalam.
Dr Asyraf berkata, langkah itu bagi mengelak pertindihan tawaran kepada pelajar berkelayakan.
Baca juga: 51 Alasan Papa Mama Boleh Bagi Bila Anak Tak Hadir Sekolah, Mudah Guru Nak Isi Dalam Sistem!
KEMASUKAN MRSM & SBP DISELARASKAN

“Arahan TPM (Timbalan Perdana Menteri) DS (Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid (Hamidi) mulai tahun hadapan kemasukan ke MRSM dan SBP wajib diselaraskan antara MARA dan Kementerian Pendidikan, tiada lagi tawaran bertindih,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya, pada Ahad.
“Boleh isi borang pilih dua-dua MRSM dan SBP, tetapi hanya satu tempat sahaja yang akan ditawarkan. Maknanya kalau dah dapat MRSM tidak lagi berpeluang untuk SBP. Ini juga boleh membuka peluang lebih ramai yang akan mendapat tempat, “ terangnya lagi di ruangan komen hantaran tersebut.
Baca juga: Pelajar WAJIB Pakai Lencana Jalur Gemilang Mulai 21 April, Lihat PDF Panduan Penuh!
Rata-rata warga maya menyokong cadangan itu yang dilihat mendengar luahan dan rayuan ibu bapa.
“Terbaik… Itu yang sepatutnya berlaku dari dulu. Tak tertunggu-tunggu ke MRSM. Nak tolak yang lain takut tak dapat ke MRSM,” komen Azizi Shaari.
“Ini yang sepatutnya, mohon supaya 100 peratus kuota kemasukan diberi kepada pelajar dari sosio ekonomi rendah, tiada lagi kuota M40 dan T20, MRSM dan SBP perlu betul-betul fokus pada matlamat asap penubuhan,” cadang Jamal Rizduan.
Selain itu, ada juga cadangan warga maya supaya MARA mengumumkan terlebih dulu nama pelajar terpilih bagi mengelak semua kelengkapan diri memasuki sekolah aliran biasa sudah dibeli.
“Sekarang daftar SMK dulu, beli baju, beli buku, bayar PIBG (Persatuan Ibu bapa dan Guru) kemudian baru dapat MRSM dan SBP, sekadar cadangan berdasarkan pengalaman tahun ini,” komen Mizi Buyung di hantaran sama.
Baca juga: Ibu Kongsi Panduan ‘Join’ Sukan Elit Yang Tiada Di Sekolah, Markah PAJSK Anak Tambah Cemerlang!
Sumber: Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki
FT Image: Majlis Amanah Rakyat
