Euforia Bola 2026
Famili

“Arwah Anak Sulung Harapan Keluarga..”- Siswi UUM Maut Dihimpit Bas Kampus, Kecederaan Jantung

pelajar uum meninggal dunia

Hujung minggu baru-baru ini kita dikejutkan dengan tragedi menyayat hati menimpa seorang pelajar UUM meninggal dunia (Universiti Utara Malaysia) selepas dirempuh bas kampus ketika sedang menunggu giliran untuk menaiki kenderaan tersebut.

Lebih memilukan, arwah bernama Manarina Hasya Muhamad Karim, 22 tahun, merupakan anak sulung dan satu-satunya harapan keluarga dari Johor dalam usaha mengubah nasib mereka melalui pendidikan.

Baca juga: “Nak Kebumi Di Mana?” – Dua Beradik Bergaduh Di Wad Ketika Ayah Nazak, Kena ‘Heret’ Ke Mahkamah!

Pelajar UUM Meninggal Dunia Akibat Kemalangan Tragis di Kampus

pelajar uum meninggal dunia

Foto: Sinar Harian

Menurut laporan, kejadian berlaku sekitar jam 8.45 pagi di perhentian bas Jalan Persiaran Perdana, UUM pada hari Sabtu. Manarina, yang berasal dari Johor, menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.30 petang di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, selepas menerima rawatan akibat kecederaan serius.

Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim, kemalangan membabitkan dua buah bas milik syarikat yang sama. Bas pertama sedang berhenti untuk mengambil penumpang sebelum dirempuh dari belakang oleh bas kedua.

Impak dari himpitan menyebabkan bas pertama terlajak ke hadapan, melanggar penghadang jalan dan menghimpit mangsa yang ketika itu sedang menunggu giliran untuk menaiki bas tersebut. Kedua-dua pemandu bas yang berusia 32 tahun dan 37 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat kemalangan jalan raya.

Anak Harapan Keluarga…

Kehilangan Manarina Hasya mengejutkan ramai pihak, terutamanya warga UUM. Menurut perkongsian warganet, arwah merupakan anak sulung dan harapan keluarga yang datang dari latar belakang kurang berkemampuan. Perkongsian ini menyebabkan orang ramai meluahkan rasa sedih dan mengucap takziah kepada keluarganya, di samping menyeru pihak universiti agar bertindak tegas terhadap isu keselamatan di dalam kampus.

“Sangat menyedihkan, arwah pergi dalam usaha menimba ilmu. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman, ” netizen.

“UUM perlu meneliti semula pengurusan dan etika pemanduan bas dalam kampus. Kelajuan yang tidak sesuai dan kurang hormat terhadap pengguna jalan lain boleh membawa padah,” netizen.

“Sebagai ibu bapa, kami mula bimbang. Pelajar ramai yang berdiri dalam bas, dan ada pemandu bawa laju. Mohon pihak UUM ambil tindakan segera, ” netizen.

Mangsa Alami Kecederaan Jantung Akibat Hentakan

pelajar uum meninggal dunia

Foto: Keadaan salah sebuah bas yang berlanggar.

Terbaharu, polis mengesahkan punca kematian pelajar UUM ini adalah disebabkan kecederaan pada jantung akibat hentakan kuat melibatkan kemalangan dua buah bas yang berlaku pagi Sabtu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd Radzi Abdul Rahim, hasil bedah siasat selama dua jam yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pada Ahad, menunjukkan mangsa mengalami cardiac contusion due to vehicular impact.

“Cardiac contusion merujuk kepada lebam atau kecederaan pada otot jantung akibat hentakan kuat, biasanya berpunca daripada trauma dada tumpul seperti dalam kemalangan jalan raya. Dalam kes ini, ia berpunca daripada hentakan kenderaan,” jelas beliau dalam satu kenyataan.

Kecederaan serius tersebut mengakibatkan Manarina, pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pemasaran dengan Kepujian, tidak dapat diselamatkan meskipun menerima rawatan intensif di hospital dan disahkan meninggal dunia sekitar jam 6.30 petang hari kejadian.

Susulan kejadian, kedua-dua pemandu bas yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis sebelum dilepaskan sementara siasatan diteruskan. Insiden tragis ini turut mendapat perhatian ramai pihak yang mendesak agar aspek keselamatan pengangkutan di kampus dipertingkatkan demi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.

*Salam takziah diucapkan kepada keluarga mangsa dari pihak Sirap Limau. Al-Fatihah…

Baca juga: “Orang Pertama Dalam Keluarga Pergi Sekolah” – Anak Kampung Raih Anugerah Dekan Columbia University!

Sumber: Sinar Plus, Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×