Anak terlalu penat atau ‘overtired’ bukan sahaja sukar untuk tidur malah boleh menjadi lebih mudah meragam, tantrum dan sukar dikawal emosinya.
Keadaan ini sering berlaku apabila anak tidak mendapat rehat yang mencukupi mengikut keperluan umur mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu peka terhadap tanda-tanda keletihan.
Baca juga: Anak Kurang Adab Dengan Orang Rupanya Salah Ibu Ayah Sendiri, Selalu Cakap 7 Ayat Ini!
ANAK TERLALU PENAT SAMPAI JADI AKTIF WAKTU MALAM

Ramai ibu ayah sangka, bila anak aktif waktu malam tanda anak tak nak tidur. Sebenarnya silap, itu tanda mereka dah overtired atau anak terlalu penat. Selagi kita tak ajak tidur dan buat rutin tidur, anak akan terus aktif sehingga lewat malam.
Overtired atau anak terlalu penat bermaksud badan bila terlalu letih, demi survival hormon stress iaitu cortisol akan dirembeskan oleh sistem badan untuk mempromosikan rasa berjaga seperti mana kesan minum kopi pada seseorang.
Mata dah rasa mengantuk tetapi masih tidak boleh pejam mata untuk lena. Cortisol merencatkan hormon tidur iaitu melatonin untuk jalankan tugas.
Oleh sebab itu, anak akan menangis, berpeluh, tantrum untuk melepaskan hormon stres agar mereka kembali bertenang.
Jadi, ibu ayah memainkan peranan penting untuk menjaga rutin tidur anak sejak mereka bayi. Jaga tempoh tidur dan waktu berjaga anak kerana erkembangan otak anak berlaku ketika anak tidur.
Kanak-kanak berumur bawah 2 tahun perlukan 12jam untuk tidur yang cukup seperti jaduah di bawah ini.

Bagi mengelakkan anak terlalu penat, ibu ayah perlu perlukan tidur yang cukup untuk melalui kehidupan seharian.
Anak boleh diajar dan dilatih untuk tidur sendiri dengan syarat konsisten. Tiada hasil yang pantas untuk dapat keputusan yang memudahkan anda.
Semoga artikel ini memberi manfaat!
Baca juga: Bila Anak Tunjuk 5 Tanda Ini, Maknanya Dia Tengah ‘Stress’ Belajar! Ibu Ayah Tolong Jangan Biarkan
Sumber: Facebook Adibah Yasak
