Usahawan dan selebriti popular, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd menyifatkan perbuatan memukul anak sebagai bentuk didikan, lahir daripada pemikiran yang kolot.
Menerusi satu hantaran dalam Instagram Story miliknya, Neelofa, 36 lantang bersuara menentang tindakan tersebut apabila berkongsi semula video milik seorang pakar pendidikan awal kanak-kanak.
Baca juga: Dr Minta ‘Parents’ Jangan Buat Main Anak Ada Asma, Boleh Menyesal Kalau Dibiarkan!
PUKUL ANAK ADALAH DIDIKAN PEMIKIRAN KOLOT

Gambar: Instagram Neelofa
Di mana, pakar tersebut meluahkan kebimbangan terhadap ibu bapa menggunakan rotan dalam mendidik anak-anak kecil.
“Mindset kolot suka pukul anak.
“Otak anak boleh rosak, emosi anak boleh rosak dan perkembangan boleh terbantut.
“Setuju sangat dengan perkongsian ini,” tulisnya ringkas.
Pakar pendidikan awal kanak-kanak yang dikenali dengan nama Fhais Salim menjelaskan, penggunaan kekerasan seperti merotan hanya akan menjejaskan tumbesaran kanak-kanak, termasuk dari segi neurologi dan emosi.
Tambah bekas pengacara MeleTOP itu, ramai ibu bapa masih meletakkan kekerasan sebagai jalan penyelesaian, sedangkan pendekatan penuh kasih sayang lebih berkesan dalam membentuk peribadi anak.
Baca juga: Ketahui 11 Tanda Anak Kinestetik Jenis Buat Ibu Mengucap Panjang, Rupanya Ciri Orang Berjaya!
Kebanyakan warga maya menyokong pendapat Neelofa
Tinjauan dalam media sosial mendapati ramai warga maya menyokong kenyataan ibu dua anak itu dan mengakui pendekatan lama sudah tidak lagi sesuai diteruskan dalam dunia keibubapaan moden.
“Betul tu. Anak bukan robot. Kita tak boleh programkan mereka dengan rotan.
“Setiap anak ada cara tersendiri. Kekerasan bukan jawapan.
“Semoga lebih ramai ibu bapa buka mata dengan pendedahan macam ini,” komen warga maya.
Sekadar info, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021. Kemudiannya, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 4, dan Abdullah Abbas, 2.
Baca juga: Saintis Temukan Perbuatan Cium Anak Beri Impak Besar, Patutlah Suka Melekat Dengan Papa Mama!
Sumber: Instagram Neelofa
FT Image: Instagram Neelofa
