Perceraian fast track merupakan satu inisiatif buat pasangan suami isteri yang bersetuju untuk bercerai di bawah peruntukan seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.
Proses perceraian fast track tidak perlu menunggu selama 90 hari untuk menyelesaikan kes selain boleh diselesaikan kurang enam jam bermula daripada masa pendaftaran kes sehingga perintah bertulis dikeluarkan.
Baca juga: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 Diumumkan 24 April Ini, Adik-Adik Sudah Bersedia?
MAKSUD PERCERAIAN FAST TRACK & SYARAT PERMOHONAN

Perceraian jenis ini biasanya mendapat persetujuan kedua-dua pihak untuk bercerai secara baik dan telah mencapai kata sepakat.
Kewujudan perceraian fast track ini bukan untuk untuk menggalakkan masyarakat Islam di Selangor bercerai namun sebaliknya menggalakan para suami agar menceraikan isteri secara baik selaras dengan Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 229 iaitu:
“Talaq (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali, sesudah itu bolehlah ia (ruju’ dan) dipegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau dilepaskan (diceraikannya) dengan cara yang sepatutnya atau dilepaskan (diceraikannya) dengan cara yang baik.”
Secara tidak langsung proses ini juga dapat mengurangkan masalah wanita yang mendakwa diri mereka telah digantung tak bertali.
Buat anda yang tidak tahu, terdapat lima kes dikategorikan sebagai ‘fast track’ iaitu tuntutan perceraian, permohonan pengesahan lafaz cerai, permohonan pengesahan rujuk, permohonan wali hakim dan permohonan perintah bersaling.
Kelima-lima kes yang disenaraikan di atas boleh didaftarkan di Mahkamah Rendah Syariah Fast Track namun perlu mengikut syarat seperti ditetapkan.
Antara syarat-syarat perceraian fast track adalah seperti berikut:
– Dokumen hendaklah lengkap.
– Pihak-pihak (suami dan isteri) hendaklah hadir di mahkamah.
– Wujud persetujuan antara suami dan isteri untuk bercerai.
– Isteri di dalam kedaaan suci dan tidak berlaku persetubuhan dalam tempoh suci tersebut.
– Mahkamah hendaklah berpuas hati bahawa telah berlaku pecah belah (shiqaq) dan perkahwinan tidak dapat diselamatkan.
Dapat disimpulkan, dengan adanya perceraian fast track ini krisis rumah tangga yang dihadapi pasangan suami isteri dapat diselesaikan dengan mudah.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: 4 Ayat Bila Asyik Disebut Boleh Jadi Punca Rezeki Sempit, Suami Isteri TOLONG Jangan Guna!
