Puisi ‘Ku Cari Damai Abadi’ merupakan nukilan Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang merupakan Perdana Menteri Kelima Malaysia, kembali tular di media sosial.
Di mana, ia dikongsikan oleh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang yang menyanjungi Tun Abdullah sebagai tokoh negara disegani.
Baca juga: Senarai 10 Orang Terkaya Di Dunia, ASET Mereka Memang Mencecah Berbilion, HEBAT!
PUISI NUKILAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KELIMA, KEMBALI TULAR

Membaca puisi tersebut, membuatkan orang ramai begitu tersentuh apabila setiap baitnya dihayati dan diterjemahkan maksudnya.
Menerusi perkongsian seorang penulis, Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, puisi itu menjadi simbolik serta mencerminkan aspirasi untuk mencari makna kehidupan sebenar. Bukan melalui harta, wang, atau kehidupan fana tetapi melalui hubungan dengan Tuhan dan pencarian ketenangan rohani.
“Setiap baris mengajak pendengar atau pembacanya untuk merenung kembali apa yang paling penting dalam kehidupan, yakni mencari dan menikmati damai kekal melalui iman serta penghayatan kepada petunjuk suci.
“Ia telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dan terus memberi inspirasi kepada ramai, menunjukkan betapa mendalamnya falsafah yang diungkapkan oleh Pak Lah dalam usahanya mengajak masyarakat untuk memandang kehidupan dengan perspektif yang lebih holistik dan bermakna,” tulisnya di Facebook.
Baca juga: Hasil Sentuhan Tangan Produk Penghuni Penjara Laris Teruk, Orang Awam Boleh Masuk Membeli!
‘Ku Cari Damai Abadi’ menjadi lagu, didendangkan oleh Datuk Ramli Sarip
Sementara itu, puisi ‘Ku Cari Damai Abadi’ ini pernah dijadikan sebagai lagu dan didendangkan oleh penyanyi legenda, Datuk Ramli Sarip.
“Saya akan terus abadikan lagu ini sebagai kenangan. Jika ada persembahan sesuai, saya akan nyanyikan dan beritahu mengenai maksud serta pengalaman sendiri.” demikian kata beliau kepada wartawan Berita Harian.
Ramli berkata, secara peribadi, dia menyukai sajak nukilan Allahyarham kerana mempunyai bait kerohanian sangat kuat.
“Saya hanya dengar secara santai sahaja. Akan tetapi, dalam hati saya sekiranya diberi peluang dan ada ilham agak sesuai dengan melodi, lirik dan muzik.
“Saya suka liriknya kerana sangat ‘simple’, jelas dan ada unsur kerohanian yang kuat,” katanya.
Allahyarham Abdullah yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri dari 2003 hingga 2009, menghembuskan nafas terakhir pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) jam 7.10 malam tadi.
Allahyarham dikebumikan mengikut Istiadat Pengebumian Negara. Jenazah akan disembahyangkan selepas solat Zohor di Masjid Negara, seterusnya dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, hari ini.
Baca juga: Bapa Minta ‘Resign’ & Gajikan Untuk Jaga Sakit, Netizen Puji Kebajikan Anak Terjaga
Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan / Berita Harian
FT Image: Kamarul Ariffin Nor Sadan / BERNAMA
