Pesta Songkran adalah perayaan Tahun Baru Tradisional Thailand dan terkenal sebagai aktiviti “perang air” terbesar di dunia, di mana orang ramai akan menyimbah air antara satu sama lain.
Di media sosial, dapat kita lihat orang Islam turut menyambut Pesta Songkran itu bersama rakan-rakan dengan penuh meriah.
Baca juga: Jangan Ziarah Orang Pada Tiga Waktu Yang Dilarang Ini, Tuan Rumah Boleh Rasa Terganggu!
HUKUM SAMBUT PESTA SONGKRAN, RAMAI YANG ‘MEMERIAHKAN’

Hal ini dibincangkan dengan lebih mendalam oleh Ustaz Wadi Annuar di laman Facebooknya supaya dapat memberi pengetahuan kepada orang ramai.
Di Thailand ia dikenali sebagai Pesta Maha Songkran. Perkataan Songkran diambil daripada perkataan Sanskrit iaitu samkranti yang membawa maksud perubahan.
Songkran juga adalah satu penanda aras berakhirnya musim kemarau dan merupakan awal musim hujan mengikut penganut Buddha di Thailand.
Antara amalan yang lazim dilakukan termasuk memandikan patung Buddha, menyimbah air sebagai simbol penyucian diri dan memberi penghormatan kepada sami-sami.
Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.”
Syeikh Muhammad Syamsul Haq al-‘Azim Abadi menukilkan pandangan al-Munawi dan al-‘Alqami, mereka berkata:
“Yang dimaksudkan dengan hadis ini ialah berpakaian dengan pakaian mereka, juga menyerupai cara mereka serta menyerupai perlakuan dan perbuatan mereka.”
Kesimpulannya, umat Islam dilarang menyertai festival Pesta Songkran ini kerana ia berkait rapat dengan ritual agama lain dan tradisi yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Selain itu, Pesta Songkran ini mengandungi unsur hiburan yang melampau dan percampuran bebas antara jantina yang berpakaian mencolok mata.
Baca juga: PU Riz Tegur Trend Minta Maaf Guna Audio “Aku Berlutut? Tidak Akan!”, Nak Bergurau Ada Masanya
Sumber: Facebook Ustaz Wadi Annuar
