Euforia Bola 2026
Famili

Bilik Solat Rumah Mangsa Putra Heights Tak Terbakar, Waris Kongsi Amalan Tuan Rumah, Allahuakbar!

kekuasaan Allah

Letupan saluran gas di Putra Heights pada awal bulan ini, telah mengakibatkan ratusan buah rumah penduduk di sekitar terjejas kerana terbakar. Dalam pada itu, terdapat salah sebuah kediaman mangsa di sana telah memperlihatkan kekuasaan Allah SWT.

Di mana, sebuah bilik yang dijadikan ruang ibadat di dalam kediaman tersebut tidak terusik dek api. Sungguh hebat kuasa ALLAH, setiap kejadian yang berlaku pasti terselit hikmah yang membuktikan kebesaran-NYA.

Baca juga: Dulu Beli RM2,314 Sekarang Jual Jadi RM16 Ribu Untung, Wanita Tergamam Lepas Jual Balik Emas Lama!

KEKUASAAN ALLAH SWT, BILIK SOLAT TAK TERBAKAR

kekuasaan Allah

Gambar TikTok @najwanhalimi: Bilik solat rumah mangsa yang tidak terbakar.

Bukti kebesaran Allah Maha Besar itu, telah dikongsikan oleh Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor serta Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik, Najwan Halimi menerusi hantaran di TikTok beliau.

Dapat dilihat, beliau sedang melawati rumah mangsa di sana dan kemudiannya memuat naik video memaparkan sebuah keadaan di kediaman jenis dua tingkat.

“Salah satu rumah yang terjejas teruk tetapi bilik solat masih dalam keadaan baik.

“Disebalik musibah, ada tanda kekuasaan-NYA. Semoga mangsa diberi ketabahan dan dipermudahkan segala urusan pemulihan.

“Insya-ALLAH, kami akan bantu sebaik mungkin,” katanya.

Menerusi video, dipaparkan bahagian tingkat bawah kediaman berkenaan hangus namun bilik solat yang berada pada lantai yang sama tidak tersentuh oleh bahang api.

Hamparan permaidani dan sejadah pada lantai tersusun elok manakala telekung yangt tergantung dan sebuah katil di dalamnya seolah-olah bukan hanya tidak terbakar malah tidak terusik oleh tekanan yang berlaku di sekeliling.

Baca juga: Sempena Lawatan Presiden China, 17 Laluan Di Lembah Klang & Putrajaya Ditutup Mulai Esok!

Waris pemilik kongsikan amalan dilakukan keluarga tersebut

kekuasaan Allah

Gambar TikTok @najwanhalimi: Sementara, di ruang lain rumah mangsa terjejas teruk akibat kebakaran letupan gas di Putra Heights.

Meninjau di ruangan komen, seorang pemilik akaun TikTok Ayohcixxx yang dipercayai waris pemilik kediaman berkongsikan bahawa keluarga berkenaan mementingkan ibadat solat dan dermawan.

“Rumah biras saya ni. Dia memang bagus jaga solat dan rajin betul bersedekah.

“Bilik solat ini jarang dia tutup pintu tapi itulah haba panas tak masuk pun, sedangkan perabot dekat hall itu habis cair semua,” komennya.

Baca juga: Malang Memang Tak Berbau, Tapi Ada Teknik Paling Berkesan Elak Kemalangan Motor!

Warga maya yang mengakui kebesaran Allah SWT

Warga maya yang menonton mengakui apa yang terjadi itu adalah bukti kebesaran Allah SWT. Tidak kurang yang tertanya-tanya kebaikan dan amalan pemilik kediaman berkenaan.

“Alhamdulillah keajaiban ALLAH hendak tunjuk pada kita dan mesti ada sesuatu amalan baik keluarga ini.”

“Subhanallah Tabarakallah…saya percaya tuan rumah bagus amalannya. Semoga tabah semua yang dilanda ujian ini.

“Itulah makna di sebalik yang kekal…hanya solat yang kekal sehingga kiamat.

“Subhanallah…kebesaran Allah nak tunjuk kepada manusia. Nikmat mana yang engkau dustakan,” antara komen yang ditinggalkan.

Baca juga: Terkejut Kerap Gosok Gigi Tapi Semakin Kuning, Rupanya Selalu Buat 4 Kesalahan Ini!

Sumber: TikTok @najwanhalimi

FT Image: TikTok @najwanhalimi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×