Euforia Bola 2026
Famili

Ibu Bakal Isteri Selamba Minta Duit Hantaran Sampai RM30K, Guna Alasan Anak Ada Pangkat Doktor!

DUIT HANTARAN

Perkahwinan seharusnya menjadi detik bahagia buat semua orang namun realiti kadang-kadang tidak seindah impian terutamanya bila melibatkan duit hantaran.

Itulah yang dilalui oleh seorang lelaki di mana dia meluahkan dilema yang dihadapinya setelah keluarga bakal isteri menaikkan jumlah hantaran secara mendadak.

Baca juga: Bukan Hanya Guna Kon***, Ada Lagi Cara Buat Hubungan Intim Tanpa Buat Isteri Hamil!

DUIT HANTARAN JADI RM30K SEBAB ANAK ADA GELARAN DOKTOR

DUIT HANTARAN

Menerusi luahan itu, dia dan pasangannya telah bercinta selama 10 tahun dan merancang untuk berkahwin tahun hadapan. Pada awalnya, ibu pihak perempuan menetapkan duit hantaran sebanyak RM20,000 dengan alasan itu merupakan anak tunggal.

Namun, situasi berubah apabila bakal isterinya mendapat gelaran doktor dan jumlah duit hantaran dinaikkan kepada RM30,000.

Difahamkan juga, si lelaki perlu menanggung kos majlis sebanyak RM20,000 menjadikan jumlah keseluruhan yang perlu disediakan mencecah RM50,000.

Dalam keadaan sekarang, lelaki tersebut rasa tertekan kerana dia sudah membuat tempahan majlis dan berisiko kerugian wang jika perkahwinan tersebut dibatalkan.

“Saya dengan teman wanita dan 10 tahun bercinta dan tahun depan memang nak kahwin. Mula-mula mak dia minta hantaran RM20,000 sebab anak tunggal. 

Tiba-tiba minggu lepas mak si perempuan naikkan lagi jadi RM30,000 sebab anak dia dah ada pangkat doktor. Buat satu majlis tapi saya kena keluarkan RM20,000 jadi, total dah RM50,000. Nak cancel tapi dah booking,” ujarnya menerusi luahan itu.

Perkongsian lelaki itu pastinya dibanjiri komen warganet yang menyifatkan tindakan ibu bakal pengantin perempuan agak keterlaluan.

Walau bagaimanapun, ada juga yang menyokong kerana berpendapat bahawa duit hantaran itu boleh digunakan sebaik mungkin untuk kegunaan ketika kenduri.

“Lamanya simpan anak orang, mesti bercinta zaman study. Patutnya dari awal lagi kena tanya, biarlah tak ada niat nak kahwin waktu itu. Sekurang-kurangnya dah bersedia dan tak buang banyak masa. Ini dah 10 tahun habis loan kereta baru nak pinang, waktu ini baru nak terkejut dengar duit hantaran,” komen pengguna media sosial.

Baca juga: 2 Anak Lelaki Jep Sepahtu Diagnosis Autisme, “Anak Syurga Yang Akan Aku Jaga…”

Sumber: X Mein Mokhtar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×