Penyakit asma atau lelah boleh berkembang kepada sesiapa tanpa mengira peringkat usia dan biasanya ia muncul sejak daripada zaman kanak-kanak. Di mana, ‘asma kanak-kanak’ merupakan salah satu jenisnya dan dikenali sebagai asma pediatrik, yang biasa muncul sebelum anak berusia 5 tahun.
Melalui perkongsian Dr Rashdan Zaki Bin Mohamed, seorang Assoc. Prof. Pakar Perunding Pediatrik & Pediatrik Endokrinologi, menyatakan bahawa anak-anak yang mempunyai penyakit asma tidak boleh dipandang ringan oleh ibu bapa. Nak tahu kenapa? Ikuti penjelasan beliau di bawah.
Baca juga: Ketahui 11 Tanda Anak Kinestetik Jenis Buat Ibu Mengucap Panjang, Rupanya Ciri Orang Berjaya!
PENYAKIT ASMA ANAK JANGAN DIBUAT MAIN
Jangan buat main anak asma (asthma)
Akhir-akhir ini, saya dapati ramai anak dapat serangan asma akut yang membawa kepada sesak nafas, nafas laju dan nafas berbunyi. Ada masa, serangan akut ini membawa kepada gangguan pernafasan yang boleh mengancam nyawa!
Apa itu asma?
Asma (asthma) adalah satu penyakit peparu kronik yang menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit (bronchoconstriction), sensitif (hypersensitivity) dan biasanya kembali pulih dengan rawatan ubat bronchodilator.
Namun, saluran pernafasan yang sempit itu ada masa boleh mengancam nyawa kerana kesukaran bernafas dan masalah pertukaran gas oksigen – karbon dioksida.
Baca juga: 5 Tips Ibu Bekerja Pam Susu Badan Sambil Puasa, Susu ‘Maintain’ Melimpah Ruah & Badan Tak Penat!
Bagaimana mengenali anak ada asma?
- Nafas berbunyi (wheezing), terutamanya waktu malam, sejuk, tidak sihat, berkaitan aktiviti fizikal atau serangan asma.
- Kerap batuk terutama malam, senaman.
- Serangan asma yang disahkan doktor dan diberi ubat nebuliser atau MDI (bronchodilator, salbutamol).
- Mengganggu aktiviti harian.
- Berkaitan gejala atopy yang lain seperti resdung (bersin, selsema, berair-hidung terutama pagi), eczema (alahan kulit) atau alahan lain seperti makanan tertentu.
- Faktor keluarga yang ada asma, resdung, eczema atau atopy.
- Tanda tertentu pada dada (hyperinflated chest, sulci).
Apa yang boleh mencetus serangan asma dan sukar mengawalnya?
- ROKOK! Ya, asap, bau rokok, baik dalam atau luar rumah dan juga VAPE
- Asap seperti bakar sampah, bakar padi, ubat nyamuk lingkaran, asap bunga api dan mercun
- Habuk termasuk karpet (memerangkap habuk)
- Bulu, binatang peliharaan seperti kucing dan ada jenis soft-toys berbulu
- Emosi
- Makanan tertentu
- Cuaca sejuk termasuk hujan
- Hama
Baca juga: Saintis Temukan Perbuatan Cium Anak Beri Impak Besar, Patutlah Suka Melekat Dengan Papa Mama!
Kenali rawatan asma
Kebiasaannya, untuk serangan asma doktor akan beri:
- 1. Ubat nebuliser / MDI salbutamol (brochodilator) untuk kembangkan kembali salur pernafasan sempit.
- Ubat steroid seperti hydrocortisone, prednisolone.
- Jika terlalu serius, ubatan tambahan seperti bricanyl, salbutamol infusion, magnesium sulphate mungkin diperlukan.
Untuk kawalan asma:
1. Kebiasaannya, doktor lihat keadaan klinikal dan sejarah pesakit. Jika gejala kadang-kadang sahaja, kurang 2 serangan setahun, biasanya hanya ubat salbutamol bila perlu sahaja (MDI salbutamol, biasa warna biru).
2. Jika lebih serius, perlu rawatan steroid (contohnya, MDI fluticasone warna oren, atau ubatan lain).
3. Doktor akan nasihatkan untuk cegah perkara yang boleh cetus asma seperti di atas
- Tiada perokok
- Tiada kucing atau haiwan peliharaan
- Tiada karpet, elak habuk
- Kerap tukar cadar, pakai alas khas anti-hama, jemur tilam dan sebagainya
4. Ubatan MDI (metered-dose-inhaler) sebaiknya digunakan dengan spacer/corong (aerochamber).
Jangan buat main asma, ada yang sampai masuk ICU kerana serangan asma akut! Kawalan asma yang tidak bagus beri kesan kesihatan jangka panjang seperti masalah tumbesaran, kerap tidak hadir sekolah serta kerap masuk wad.
Terima kasih. Assoc. Prof. Dr Rashdan Zaki Bin Mohamed, Pakar Perunding Pediatrik & Pediatrik Endokrinologi, KPJ Damansara 2.
Baca juga: Ibu Kongsi Tips Dapat Pilihan Pertama Mohon MRSM & SBP Tingkatan 1, Susun Strategi Dari Darjah 5
Sumber: Rashdan Mohamed
FT Image: Google

