Euforia Bola 2026
Sihat

5 Perubahan Pelik Bila Faraj ‘Tidur’ Terlalu Lama, Dr. Kongsi Untuk Wanita Ambil Serius!

kesihatan faraj

Baru-baru ini, pakar perubatan Doktor Raihana Ismail menyatakan, terdapat lima perubahan yang boleh berlaku apabila faraj (vagina) ‘tidur’ terlalu lama. Biarpun begitu, menurutnya kesihatan faraj masih boleh dijaga dengan baik biarpun tanpa melakukan aktiviti seksual.

Hal ini kerana, ramai di luar sana sering mempersoalkan tentang keanjalan alat sulit wanita ini termasuk kemungkinan ia menjadi sempit apabila jarang ‘digunakan’.

Baca juga: Naik Syahwat Bila Tengok Objek Atau Barang Tertentu, Rupanya Ini Penyakit Objectophilia!

KESIHATAN FARAJ

kesihatan faraj

Gambar hiasan: Freepik

Ketahui lebih lanjut akan 5 perubahan yang berlaku dan tips penjagaan faraj tanpa aktiviti seksual, seperti penjelasan Dr. Raihana Ismail di bawah.

5 PERUBAHAN FARAJ YANG LAMA TIDAK ‘DIGUNAKAN’

1. Dinding faraj boleh jadi kurang anjal

Tanpa rangsangan seksual yang kerap, aliran darah ke kawasan vagina boleh berkurang dan menyebabkan kolagen dan elastin dalam dinding faraj merosot.

2. Kelenjar pelincir boleh jadi kurang aktif

Jika faraj sudah lama tak ‘digunakan’, ia akan menyebabkan kekeringan dan tidak selesa apabila anda ingin melakukan hubungan seksual.

3. Lantai pelvis jadi lemah

Lantai pelvis akan menjadi lemah seterusnya berisiko mudah terkucil apabila bersin. Aktiviti seksual menguatkan otot lantai pelvis yang penting untuk mengawal pundi kencing dan elak rahim jatuh.

4. Pelincir berkurang, flora baik vagina berkurang

Apabila kedua-duanya iaitu pelincir dan flora baik berkurang, ia memberi kesan kepada pH. Di mana, membuatkan anda berisiko dijangkiti yis atau bakteria vaginosis boleh meningkat.

5. Hormon estrogen akan menurun

Tanpa rangsangan seksual hormon estrogen dan testosteron mula menurun. Akibatnya, keinginan seksual anda semakin pudar dan susah ‘turn on’ (terangsang).

Baca juga: Saintis Temukan Perbuatan Cium Anak Beri Impak Besar, Patutlah Suka Melekat Dengan Papa Mama!

Baca juga: 13 Zon Sensitif (Erogenus) Lelaki, Bila Disentuh Wanita Lain Macam Reaksinya!

5 PENJAGAAN FARAJ TANPA AKTIVITI SEKSUAL

kesihatan faraj

Gambar hiasan: Freepik

Bagaimanapun, terdapat cara untuk menjaga faraj biarpun tanpa melakukan hubungan seksual.

Menurut Dr Raihana, senaman kegel dapat membantu menguatkan otot lantai pelvis seterusnya mengelakkan masalah faraj longgar ataupun rahim jatuh.

Selain itu, pastikan faraj sentiasa lembap dengan menggunakan pelembap faraj semula jadi atau mengambil makanan yang membantu kesihatan hormon dan pelinciran seperti:

  • Efferty coklat
  • Minyak kelapa
  • Flex seed
  • Yogurt

Di samping itu, anda disarankan untuk mengambil makanan yang kaya estrogen semula jadi seperti:

  • Kacang soya
  • Flex seed

Seterusnya, jangan pakai pakaian dalam yang ketat dalam tempoh 24 jam. Faraj perlu bernafas untuk mengekalkan keseimbangan bakteria dan kelembapan semula jadi.

Akhir sekali, jangan malu buat pemeriksaan kesihatan. Kalau kekeringan melampau, sakit atau perubahan pelik dapatkan bantuan doktor.

@dr.raihana.ismail

5 perubahan pelik bila faraj ‘tidur’ terlalu lama. . Jangan skip, saya ajar sekali teknik jaga kesihatan faraj meskipun tanpa aktiviti seksual. #efferty #drraihanaismailofficial

♬ original sound – DR. Raihana Ismail | Efferty – DR. Raihana Ismail | Efferty

Baca juga: Dr. Sarankan 15 Ubat WAJIB Ada Dalam Peti Pertolongan Cemas, Sakit Biasa Boleh Rawat Sendiri!

Sumber: TikTok @dr.raihana.ismail

FT Image: Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×