Euforia Bola 2026
DIY & Kraf

Petua Pokok Durian Belanda Berbuah Lebat, Hasilnya Boleh Dapat 130 Biji Sepokok!

pokok durian belanda

Pokok durian belanda semakin mendapat permintaan tinggi kerana khasiat dan keenakannya. Namun, tidak semua pokok menghasilkan buah yang lebat jika tidak dijaga dengan betul.

Oleh itu, penulis akan kongsikan beberapa petua berkesan untuk memastikan pokok durian belanda tumbuh sihat dan berbuah dengan banyak.

Baca juga: 3 Cara Nak Kilatkan Semula Perhiasan Stainless Steel, Bersinar-Sinar Sampai Silau Mata!

PETUA POKOK DURIAN BELANDA BERBUAH LEBAT

POKOK DURIAN BELANDA

Pokok durian belanda saya ini ditanam di tepi rumah, berdekatan dengan kawasan sawah padi. Jadi banyak agen-agen pendebungaan seperti lebah dan serangga kecil, termasuklah serangga perosak.

Antara faktor buah yang banyak menjadi/melekat adalah disebabkan agen pendebungaan tersebut dan adalah lebih baik jika pokok yang sama spesis (sama jenis) ditanam secara berpasangan.

Kajian mendapati pokok yang ditanam secara berpasangan akan menghasilkan buah yang lebih berkualiti dan hasil lebih tinggi, kerana pendebungaan silang berlaku dibawa oleh agen pendebungaan tadi.

Antara petua untuk memastikan pokok durian belanda berbuah lebat adalah dengan melakukan pembajaan setiap tiga minggu sekali menggunakan baja berunsur nitrogen (N) atau urea, yang diselang-seli dengan baja campuran berunsur N:P:K (10:15:17).

Tak kisah ratio, asalkan unsur P&K lebih tinggi dari N. Unsur N lebih kepada tumbesaran pokok dan daun, manakala P&K untuk pendebungaan dan buah.

Selain dari itu, kawalan racun serangga juga dilakukan (bila rajin). Lagipun pokok ni betul-betul tepi sawah padi, jadi racun serangga akan tempias juga pada pokok ini.

Antara tip termahal, cuba lakukan cantasan/prunning pokok pada penghujung musim hujan sebelum ke musim panas, InsyaAllah pokok durian belanda akan berbunga lebat.

Semoga artikel ini memberi manfaat buat anda!

Baca juga: Tips Pasang Jubin Supaya Tak Kembung & Meletup, Orang Kata Kena Buat Macam Ini Dulu

Sumber: Facebook Nik Abdul Aziz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×