Euforia Bola 2026
Famili

Lalu Lintas Sesak Teruk Musim Beraya, Anak Felda Jelai Gemas Ambil Inisiatif Jadi ‘Polis Trafik’

lalu lintas

Memastikan kelancaran lalu lintas sememangnya sudah menjadi tugas pihak berkuasa. Namun, lain kisahnya apabila peranan tersebut telah dibantu oleh sekumpulan anak generasi kedua Felda Jelai, Gemas yang mengambil inisiatif dengan menjaga lalu lintas di simpang tiga ke kawasan felda berkenaan.

Lebih-lebih lagi, ketika ramai yang masih beraya. Inisiatif itu diambil mereka bagi melancarkan aliran trafik di situ berikutan peningkatan jumlah kenderaan setiap kali Aidilfitri.

Baca juga: Bapa Minta ‘Resign’ & Gajikan Untuk Jaga Sakit, Netizen Puji Kebajikan Anak Terjaga

ANAK FELDA SUKARELA JAGA LALU LINTAS

lalu lintas

Gambar ihsan Nor Azman: Sekumpulan anak generasi kedua Felda Jelai ambil inisiatif jaga lalu lintas di kampung mereka bagi melancarkan aliran trafik.

Minta kebenaran pihak polis yang turut turun ke lokasi sebelum mula operasi 

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Keselamatan Komuniti Felda Jelai, Nor Azman Ab Rahman berkata, tahun ini merupakan tahun keempat mereka ‘bertugas’ menjaga lalu lintas di kawasan itu.

“Biasanya setiap kali raya, memang di simpang tiga itu sesak teruk dan disebabkan itu kami sepakat untuk turun jaga lalu lintas.

“Biasanya raya kedua petugas kita yang berusia antara 20 hingga 40an mula bertugas bermula tengah hari sehingga petang,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Menurutnya, mereka akan jaga bergilir-gilir dan dilakukan secara sukarela.

Ujarnya, setiap kali memulakan operasi, mereka akan meminta kebenaran terlebih dahulu daripada pihak polis yang turut turun ke lokasi membuat pemantauan.

“Kita kena faham bila musim raya ini di mana-mana tempat pun sesak termasuk di kawasan kampung.

“Jadi kalau nak harapkan polis dari Gemas saja, saya rasa mereka pun tak cukup anggota nak jaga dan disebabkan itu kami ambil inisiatif ini untuk membantu,” katanya.

Baca juga: Rider Terkejut Jumpa Flat Bersih TIADA Sampah “Ini Dah Melanggar Hukum Flat!”

Sukarelawan terima tunjuk ajar dan khidmat nasihat soal keselamatan

lalu lintas

Gambar Ihsan Nor Azman: ‘Polis trafik’ akan jaga bergilir-gilir dan dilakukan secara sukarela.

Dia tidak menafikan ada yang bimbang dengan keselamatan mereka dan menyarankan supaya tugasan tersebut dikendalikan oleh pihak polis saja.

Namun katanya, mereka terlebih dahulu telah mendapatkan tunjuk ajar dan khidmat nasihat daripada polis bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

“Kita pun dapat banyak maklum balas orang ramai yang bimbang soal keselamatan bila kali pertama kami ambil inisiatif jaga lalu lintas ini.

“Dari situ kami perbaiki dengan meningkatkan tahap keselamatan misalnya semua petugas dikhendaki mamakai baju pantulan cahaya, kasut bersesuaian dan menggunakan kon serta wisel,” jelasnya.

Baca juga: Bilal 3 Tahun Lancar Mengaji, Ramai Terbuai Dengar Alunan Ayat Al-Quran Anak Sulung Neelofa!

Pengguna jalan raya hulur duit raya dan makanan tanda terima kasih

Apa yang menariknya kata Azman, ada yang menghulurkan duit raya, biskut raya dan minuman kepada petugas sebagai tanda terima kasih.

Justeru itu, dia berharap orang ramai tidak mempersoalkan di mana anggota polis apabila melihat orang awam yang mengambil tugas tersebut.

“Di kawasan Felda Jelai ini ada lebih kurang 2,000 buah rumah dan bila musim raya, anak-anak ramai pulang ke kampung, jadi jalan itu akan sesak dengan kenderaan.

“Kami pun dapat kerjasama cukup baik daripada polis,” ujarnya.

Baca juga: 5 Sejarah ‘Jammed’ Paling Lama & Teruk Dunia, Sampai Beri Kaunseling Psikologi Pada Pemandu!

Sumber: Sinar Harian

FT Image: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×