Sebenarnya, cara buat nasi tomato tidaklah serumit yang disangka. Walaupun, ia wajib mempunyai ayam masak merah dan acar mentah sebagai pelengkap menu.
Bila dah mula proses memasak, pasti anda tidak sangka rupa-rupanya menu nasi tomato ini sangatlah mudah. Kalau tidak percaya, ikuti perkongsian resipi Muliadi Ramli cara buat nasi tomato yang lengkap seperti di bawah.
Baca juga: Resepi Nasi Minyak ‘Simple’, Set Lengkap Dengan Lauk-Pauk & Acar Mentah!
CARA BUAT NASI TOMATO SET LENGKAP

Gambar: Muliadi Ramli
Beras Basmathi Jasmine Parboil 4.5kg
- Dibersihkan dan direndam 50 minit serta ditoskan airnya.
- Beras ini jumlah air lebih sedikit sahaja dari beras (termasuklah susu cair, tomato puri, tomato kisar dan air keseluruhannya).
Bahan tumisan nasi:
- Bawang besar 3 biji dipotong dadu
- Bawang putih 7 ulas dihiris nipis
- Halia 2 inci dipotong nipis
- Minyak masak 6 sudu besar (kalau nak sedap guna minyak bekas goreng ayam)
- Marjerin 5 sudu besar
- Serai 5 batang (diketuk)
Bahan-bahan lain:
- Daun pandan 6 helai disimpul
- Tomato puri 1 tin
- Garam secukup rasa
- Susu cair 1 1/2 tin
- Rempah 4 sekawan
- Kiub ayam 2 ketul
- Tomato segar 4 biji (dikisar halus)
- Kismis (untuk taburan)
- Panaskan kuali dan masukkan minyak serta marjerin.
- Bila naik baunya, masukkan bahan-bahan tumisan nasi hingga naik wangi.
- Masukkan rempah 4 sekawan dan sebahagian air dahulu bersama susu cair.
- Seterusnya, tomato puri, tomato segar, garam dan kiub ayam.
- Bila air mendidih, baru masukkan beras dan daun pandan.
- Kacau beras bagi rata dan masak seperti biasa.
- Bila nasi dah masak, biarkan dalam 10 minit kemudian balik-balikkan nasi dengan cermat.
- Taburkan kismis dan biarkan dalam 10 minit lagi.
Siap untuk dihidang!
Baca juga: ‘Trick’ Mee Goreng Basah Kekal Lembap, Tak Kembang & Berkuah Likat Sampai Esok!
Baca juga: Resipi Soto Ayam Kuah Pekat & Penuh Rasa Rempah, Ini Bukan Sup Biasa-Biasa!
RESIPI AYAM MASAK MERAH

Gambar: Muliadi Ramli
Ayam:
- 5 ekor ayam dibersihkan.
- Kemudian, dilumur garam dan kunyit.
- Goreng hingga separuh atau masak sepenuhnya.
Bahan tumis:
- Rempah 4 sekawan
- Cili kering 5 senduk besar (direbus dan dikisar halus)
- Serai 5 batang diketuk
- Daun kari 3 pelepah
- Bawang besar 2 biji dimayang
- Bawang putih 5 ulas dimayang
Bahan kisar:
- Bawang besar 10 biji
- Bawang merah 25 biji
- Halia 3 inci
- Bawang putih 10 ulas
Bahan-bahan lain:
- Lada merah 5 biji utk hiasan
- Tomato segar 5 biji (dipotong)
- Tomato puri 2 tin besar
- Sos tomato 1/2 botol
- Sos cili 1 botol besar
- Sos tiram 2 senduk
- Garam
- Gula
- Perasa
- Air asam jawa 1 mangkuk
- Kacang pis hijau 2 tin (250g)
- Bawang Holland 3 biji dipotong bulat untuk hiasan
- Panaskan minyak dan masukkan bahan tumisan sehingga naik bau.
- Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan bahan kisar dan kacau sebati tumis hingga pecah minyak lagi.
- Masukkan rempah 4 sekawan, tomato puri, segala jenis sos.
- Masukkan ayam yang sudah digoreng, kacang pis, cili merah dan tomato.
- Masak hingga kuah pekat.
- Masukkan garam, gula dan perasa.
- Akhir sekali, masukkan bawang holland sebagai hiasan.
Baca juga: Resipi 6 Jenis Air Sunquick Sedap Tak Terkata, Sampaikan Tetamu Yang Datang Tak Nak Balik Rumah!
RESIPI ACAR MENTAH

Gambar: Muliadi Ramli
- Timun 4 batang (dipotong)
- Lobak merah 2 biji (dipotong)
- Bawang merah 2 biji
- Cili besar hijau dan merah 2 biji
- Cuka makan
- Garam gula secukup rasa
- Mula-mula masukkan cuka, garam dan gula dalam satu bekas.
- Kacau sampai sebati.
- Kemudian, masukkan semua bahan lain dan kacau sebati.
- Jika rasanya sudah ada masam, manis dan sedikit masin bolehlah dihidangkan.
Baca juga: Cara Mudah Kukus Nasi Supaya Tak Hangus, Boleh Guna Cara Ini Bila Periuk Elektrik Rosak!
Sumber: Muliadi Ramli
FT Image: Muliadi Ramli
