Setiap kali menjelang Hari Raya, pasti ada sahaja trend di media sosial yang dilakukan oleh warganet, Tahun ini, satu trend di TikTok iaitu melutut minta maaf dengan menggunakan audio “Aku berlutut? Tidak akan berlaku”.
Audio tersebut digunakan ketika minta maaf semasa bersalaman dengan pasangan, ibu bapa, dan ahli keluarga. Namun, mendapat teguran daripada penceramah bebas PU Riz atau Haris Ismail yang mengingatkan bahawa adab bermaafan tidak sepatutnya dipermainkan.
Baca juga: Hidup Lebih Bermakna Bila Tahu ‘Rahsia’ Di Sebalik Satu Jam Selepas Subuh, Jom Amalkan!
TREND MINTA MAAF GUNA AUDIO TAK SEPATUTNYA DITEGUR

Dapat dilihat di media sosial, trend melutut minta maaf menggunakan audio tersebut turut dilakukan oleh para isteri kepada suaminya.
“Sekarang tengah ada trend viral dekat TikTok yang dia kata tidak akan melutut ketika minta maaf. Ada anak yang buat dekat ibu ayah, ada isteri yang buat dekat suami dan ada adik yang buat dekat kakak.
“Kalau kita nak buat lawak, kena fikir dulu boleh atau tidak. Kita boleh santai kalau perkara yang dibuat adalah betul. Tak boleh santai atau bawa bergurau dengan perkara yang dilarang.
“Kita buat lawak cakap itu trend tapi sebenarnya telah melanggar apa yang agama telah sarankan. Fikir dulu sebelum buat,” jelasnya menerusi video berdurasi dua minit itu.
Selain itum walaupun ia sekadar hiburan, tetapi tindakan itu mencerminkan sikap kurang sopan, terutamanya apabila digunakan sewaktu meminta maaf daripada ibu bapa.
Suami kepada Neelofa itu menegaskan bahawa adat dan budaya Islam menekankan keikhlasan dalam meminta maaf, lebih-lebih lagi dengan ibu bapa.
Menurutnya, gurauan seperti ini boleh mencacatkan nilai sebenar amalan bermaafan di pagi Syawal, yang sepatutnya dilakukan dengan rendah hati dan penuh hormat.
Teguran yang diberikan oleh PU Riz disokong oleh segelintir warganet yang mengatakan bahawa ada batasan dalam bergurau, lebih-lebih lagi dalam hal yang berkaitan dengan agama dan budaya.
Kesimpulannya, anda perlu lebih peka dalam memilih trend yang ingin diikuti. Jika sesuatu trend boleh mencetuskan salah faham atau melukakan hati orang lain, mungkin lebih baik dielakkan.
Baca juga: Terkejut Dengar Berita Kematian Sehingga Meraung Tanpa Sedar, Dalam Islam Dibenarkan Atau Tak?
Sumber: Instagram Haris Ismail
