Euforia Bola 2026
Famili

ASNB Umum Dividen ASB 2 5.50 Sen & ASM Pula 5.00 Sen, ‘Check’ Akaun Bermula 1 April Ini

dividen asb 2

Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan dividen ASB 2 sebanyak RM0.73 bilion, bersamaan 5.5 sen seunit kepada 614,309 pemegang unit, yang kini memiliki 14.12 bilion unit.

Baca juga: Senarai Penuh Mesin ATM CIMB Boleh Tukar Duit Raya, Bermula 17 Hingga 31 Mac 2025

DIVIDEN ASB 2 5.5 SEN, ASM PULA 5 SEN

DIVIDEN ASB 2

Kredit imej: Kosmo

Amanah Saham Malaysia (ASM) pula mengisytiharkan agihan pendapatan sebanyak RM1.45 bilion, iaitu bersamaan lima sen seunit kepada 740,513 pemegang unit dengan pegangan 29.14 bilion unit.

Sehingga 20 Mac 2025, ASB 2 merekodkan pendapatan bersih terealisasi sebanyak RM0.8 bilion, manakala ASM mencatatkan sebanyak RM1.55 bilion.

“Walaupun berdepan persekitaran pasaran global yang mencabar ekoran ketegangan tarif, inflasi yang tinggi, dan ketidaktentuan ekonomi, pengagihan pendapatan bagi ASB 2 sebanyak 5.50 sen seunit dan ASM sebanyak 5.00 sen seunit mencatatkan peningkatan sebanyak 0.25 sen seunit berbanding tahun lalu.” jelas PNB.

Selain itu, PNB juga akan terus memperkukuh kepelbagaian aset, khususnya dalam pendapatan tetap, bagi memastikan aliran pendapatan yang stabil dan konsisten.

Urus niaga ASB 2 dan ASM akan ditangguhkan sementara dari 28 hingga 31 Mac 2025, dan agihan pendapatan akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 April 2025.

Baca juga: Baru Darjah 4 Tapi Terpaksa Berdikari Sendiri, Pengorbanan Anak Ini Bikin Leleh Air Mata!

Sumber: Kosmo

Kredit imej: The Malaysian Reserve

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×