Euforia Bola 2026
Dapur

Biskut Badam Coklat Guna 2 Bahan, Rangup Dan Pastinya Enak Rasa Coklat Premium!

biskut badam coklat

Biskut Badam Coklat atau Almond Cluster merupakan biskut raya  yang paling mudah untuk dibuat. Hal ini kerana, ia menggunakan dua bahan sahaja untuk menghasilkan biskut raya yang sedap dan mempunyai visual premium.

Bukan sahaja khusus untuk Hari Raya, ia juga enak dijadikan sebagai kudapan pada hari-hari biasa sampai buat anda ketagih. Jadi, jom lihat resipi Biskut Badam Coklat oleh Zaharah Ramin di bawah.

Baca juga:  Resipi Soto Ayam Kuah Pekat & Penuh Rasa Rempah, Ini Bukan Sup Biasa-Biasa!

BISKUT BADAM COKLAT

biskut badam coklat

Gambar: Zaharah Ramin

Bahan-bahan:

  • Coklat cadbury
  • Kepingan badam

Cara penyediaan:

biskut badam coklat

Gambar: Zaharah Ramin

  1.  Mula-mula, bakar badam sehingga rangup.
  2. Kemudian, double boiler coklat Cadbury tersebut.
  3. Setelah gaulkan dengan badam dan letak atas kertas minyak (ikut saiz yang anda suka).
  4. Akhir sekali, masukkan dalam peti ais sehingga keras menjadi biskut.

Dah sejuk nanti boleh kriuk kriuk berjemaah!

Baca juga: Resipi Biskut Durian Viral, Rasa & Bau Sebijik Macam Buah Durian Betul, Jom Cuba Buat!

Baca juga: Resipi Rendang Sotong Yang Tersangat Mudah, Proses Masak Pun Tak Sampai Berjam Lama!

Tips elak Biskut Badam Coklat cepat cair

Almond Cluster

Gambar: Zaharah Ramin

Tapi setelah selesai makan, simpan semula Biskut Badam Coklat di dalam peti sejuk kerana ia akan cepat cair jika letak di luar.

Melainkan, anda menggantikan coklat Cadbury dengan coklat Beryls. Di mana, ia boleh disimpan di dalam balang pada suhu biasa.

Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi 6 Jenis Air Sunquick Sedap Tak Terkata, Sampaikan Tetamu Yang Datang Tak Nak Balik Rumah!

Sumber: Zaharah Ramin

FT Image: Zaharah Ramin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×