Siapa sangka, di sebalik baunya yang kuat, ternyata ada banyak manfaat petai untuk kesihatan diri yang masih ramai dalam kalangan kita tidak mengetahuinya.
Menerusi laman Facebook milik Dr Suri Roowi, beliau ada kongsikan manfaat petai yang dikatakan makanan antibiotik semula jadi.
Baca juga: Doktor Kongsi Jenis Sayur Yang Bahaya Makan, Boleh Jadi Punca Darah Beku & Batu Karang!
MANFAAT PETAI UNTUK KESIHATAN, RUPANYA MAKANAN ANTIBIOTIK

Freepik
Petai sering digunakan oleh masyarakat Orang Asli di Malaysia untuk merawat jangkitan kuman pada saluran kencing.
Kajian juga mendapati bahawa petai mampu merencatkan pertumbuhan bakteria berbahaya setanding dengan antibiotik. Kandungan antibakteria dalam petai ini dikenali sebagai polisulfida.
Namun begitu, petai mengandungi kadar kalium yang agak tinggi. Oleh itu, pesakit buah pinggang disarankan untuk mengawal pengambilannya.
Selain itu, terdapat kajian yang menunjukkan petai berpotensi bertindak sebagai agen antidiabetes, antikanser, antiradang, serta membantu menurunkan kadar kolesterol, kesan daripada kehadiran bahan berkhasiat yang dikenali sebagai faitosterol.
Menariknya, faitosterol ini lebih banyak terkandung dalam kulit petai. Oleh itu, petai seeloknya dimakan bersama kulitnya untuk manfaat yang lebih optimum. Polisulfida, iaitu sebatian sulfur dalam petai, turut menyumbang kepada bau khasnya.
Bagi mengurangkan bau air kencing selepas makan petai, anda boleh minum susu segar. Petai juga lebih baik direbus terlebih dahulu sebelum dimakan bagi mengurangkan baunya.
Walaupun kaya dengan khasiat, pengambilan petai dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan kembung perut dan meningkatkan suhu badan akibat kandungan sulfurnya yang tinggi.
Baca juga: Waktu Terbaik Untuk Makan Buah Pisang, Kalau Salah ‘Timing’ Bacaan Gula Boleh Jadi Tinggi!
Sumber: Facebook Dr Suri Roowi
